Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 30, 2018 @ 4:56am

Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR

Teknologi realiti maya atau virtual reality (VR) semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian pada hari ini. Teknologi yang pada mulanya lebih popular digunakan untuk bermain permainan video seperti Sega Genesis VR dan Sony Playstation VR ini kini semakin giat dihasilkan oleh penggiat industri teknologi seperti Google dan Samsung. Walaubagaimanapun, peranti VR ini boleh dikatakan masih lagi mahal dan tidak ramai yang mampu memilikinya.

Atas sebab tersebut, syarikat Samsung baru-baru ini telah mengambil inisiatif tersendiri bagi mempromosikan teknologi ini dengan mengumumkan sebuah set rancangan TV yang dihasilkan khas untuk ditonton menggunakan peranti VR. Set rancangan yang diberi nama Pilot Season itu akan mengandungi enam pilihan program buat peringkat permulaan ini.

Antara pilihan yang terdapat dalam set rancangan tersebut ialah &Design, Bro Bots dan The Interpretation of Dreams. Menurut sedikit maklumat yang disampaikan oleh Samsung melalui laman sesawang mereka, &Design merupakan sebuah rancangan dokumentari yang mengkaji kaitan antara reka bentuk dengan aspek kehidupan manusia. Dalam pada itu, Bro Bots pula adalah sebuah rancangan komedi animasi manakala The Interpretation of Dreams mengisahkan tentang kes berkaitan Sigmund Freud.

Samsung bukan sahaja menyiarkan serta mempromosikan set rancangan ini, malah mereka turut memberi dana untuk mana-mana penggiat seni yang menghasilkan program televisyen VR untuk Pilot Season ini. Selain itu, Samsung turut memberi kebenaran untuk mereka menggunakan teknologi kamera professional Samsung 360 Round mereka yang mampu merakam video pada 360 darjah.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 6 Jul 2018

Masukkan “Subtitle” Pada Video Yang Dimuat Naik ke Youtube

Kepada anda yang baru berjinak – jinak sebagai “Youtuber” berikut kami kongsikan satu tutorial ringkas untuk anda memasukkan sari kata pada video yang anda muat naik pada saluran Youtube anda.

TECH Mon, 13 Jan 2020
TECH Tue, 21 May 2019
TECH Thu, 16 May 2019

Finding it Hard Getting Organised this Ramadan? Check These Helpful Apps Out

You can plan where to buka puasa, what to prepare for sahur, and even provide meals for the less fortunate!

Automobile Mon, 20 May 2019
TECH Thu, 5 Jul 2018

Maybank2U Berwajah Baru, Tampak Ringkas Dan Moden

Pelbagai langkah dan cara digunakan pihak bank untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Antara bank yang kerap melakukan perubahan terhadap perkhidmatan serta penambahbaikan adalah Maybank dimana mereka tampil dengan antaramuka laman web Maybank2U […]

TECH Sun, 26 Aug 2018

Matikan Windows Defender Pada Windows 10 Secara Sementara Atau Kekal

Kepada anda yang sudah menggunakan perisian anti virus luar, berkemungkinan akan ada konflik sekiranya terdapat dua perisian anti virus dalam satu PC.

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

TECH Mon, 23 Jul 2018

PUBG Buang Topeng “Rising Sun” Dari Dalam Permainan

Di dalam permainan PUBG, pemain diberi pilihan untuk melengkapkan diri mereka dengan barangan-barangan yang boleh dicari sepanjang permainan berjalan. Barangan-barangan terdiri daripada pakaian, kelengkapan perang serta senjata api dari pelbagai jenis tetapi baru-baru ini, syarikat […]

error: Content is protected !!