Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 21, 2018 @ 5:01am

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai iPhone 7.

Menurut Macotakara lagi, mereka telah berhubung dengan pengeluar-pengeluar cengkeram telefon bagi peranti iPhone dan mereka menyatakan bahawa cengkeram buat iPhone SE akan muat pada iPhone SE 2. Ia sekaligus menguatkan ura-ura bahawa peranti terbaru Apple ini akan mempunyai saiz yang sama seperti iPhone SE iaitu 4 inci.

Selain itu, iPhone SE 2 ini juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan set cip 64-bit A10 Fusion, cip yang sama digunapakai pada peranti iPhone 7. Walaubagaimanapun, peranti ini dikatakan tidak akan mempunyai bicu audio dan akan menggunakan ciri TouchID dan bukan FaceID.

Terdapat juga laporan berasingan yang mendakwa peranti iPhone SE 2 ini akan menggunakan kaca pada bahagian belakangnya bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar dilakukan. Setakat ini, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X sudah menggunakan fungsi pengecasan tanpa wayar ini. Akan tetapi belum ada sumber yang sahih berkenaan dakwaan ini.

Sekiranya benar dakwaan bahawa peranti iPhone SE 2 ini adalah sebuah peranti bersaiz 4 inci, ini merupakan satu langkah yang berani diambil oleh Apple memandangkan permintaan pasaran kini lebih mementingkan keluasan skrin. Nantikan pengumuman rasmi dari pihak Apple berkenaan status peranti ini dalam masa terdekat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Jul 2018

Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk

MacBook Pro 2018 telah dilancarkan oleh Apple Inc beberapa hari lalu dengan peningkatan spesifikasi seperti cip Intel generasi ke-8 dan juga kad grafik GPU yang baharu. Namun bukan itu pengguna MacBook Pro nantikan kerana versi […]

Automobile Mon, 27 Aug 2018

过Bump时踩刹车对车子好?伤了车你都还不知道!

过Bump时才踩刹车不但对保护车子没有帮助,而且还会影响你爱车的悬挂寿命!

TECH Tue, 27 Feb 2018

Cipta Emoji Sendiri Melalui Telefon Pintar

Keistimewaanya, peranti kali ini dilengkapi dengan emoji AR yang lebih realistik  sehingga pengguna boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

TECH Mon, 30 Apr 2018

Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR

Teknologi realiti maya atau virtual reality (VR) semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian pada hari ini. Teknologi yang pada mulanya lebih popular digunakan untuk bermain permainan video seperti Sega Genesis VR dan Sony Playstation VR ini kini semakin giat dihasilkan oleh […]

TECH Tue, 24 Jul 2018

Cara Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Berikut kami kongsikan cara untuk merakam video secara tersembunyi menggunakan peranti Android.

TECH Thu, 23 Aug 2018

「单手洗碗机」根本懒人救星!

日本研发出一款超特别的「单手洗碗机」只要把盘子放进去,按下按键,就可以轻松洗干净,完全懒人救星!

TECH Wed, 18 Apr 2018

三星新专利「可卷曲萤幕」让苹果迷都变心!

现在的手机荧幕越做越大,虽然滑起来感觉很过瘾,但在携带上实在有够不方便。日前三星与苹果的科技大战又有了新突破!

TECH Fri, 26 Apr 2019

EduStore: Allowing Students & Educators Access to Amazing Content at Lower Prices

It’s a great access to better quality content for learning and teaching.

TECH Sun, 22 Jul 2018

Facebook Dan Instagram Larang Akaun Pengguna Bawah 13 Tahun

Sosial media Facebook dan Instagram bakal memperketatkan lagi polisi umur pengguna dimana pemegang akaun dibawah 13 tahun akan dikunci daripada aktif. Mengesahkan perkara tersebut kepada Tech Crunch, Facebook menyatakan sekiranya pengguna akaun tersebut dikenal pasti dibawah […]

TECH Wed, 14 Aug 2019

Kenali Ciri- Ciri Kalis Air Telefon Anda

Bolehkah saya berenang dengan telefon pintar saya?

error: Content is protected !!