Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 1, 2018 @ 5:45am

Tahniah! Saerah Hamil Anak Keempat

Alhamdulillah! Rezeki di bulan Ramadan, penyanyi Siti Saerah mengumumkan dirinya kini hamil.

Menerusi status dimuatnaik di laman Instagramnya, adik kepada Datuk Seri Siti mengumumkan berita gembira itu selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.

“Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Alhamdulillah,” tulisnya bersama gambar imbasan kandungannya.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Saerah mengakui tidak menyangka bahawa dirinya kini sedang hamil dan berita itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan.

“Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan pada 28 April lalu di sebuah klinik di Cheras, barulah doktor mengesahkan bahawa Saerah sah mengandungkan cahaya mata pertama kami.

“Tarikh hari ini, sempena kali pertama Saerah lakukan rawatan susulan sebaik disahkan hamil, kami manfaatkan juga peluang tersebut untuk umumkan berita ini kepada semua,” katanya

Terdahulu, Saerah telah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6; Ahmad Daiyan, 5 dan Ahmad Aisy, 3, hasil perkahwinan pertamanya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

‘ Kami Bukan Tawar Hati, Kami Hanya Beri Dia Masa Berfikir’, Forteen Jawab Dakwaan Izzue Islam

Jujurnya kami bukan tawar hari, kami hanya beri masa untuk Izzue berfikir secara rasional.

Featured Sat, 25 Jun 2022

[VIDEO] “Delete Before It’s Too Late” – Individu Rakam Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Ambil Tindakan

Aduh, memang cari pasal lah! Faham teruja tapi janganlah buat tindakan yang memakan diri sendiri 🤦‍♀️

Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Pandang Saya Sebagai Penyanyi Bukan Penyampai Radio’- Young & Gentleman Buah Tangan Terbaru Haiza

Lama tak muncul dengan single, Haiza siap sedia menawan balik industri hiburan dengan ‘Young & Gentleman’. Mesti best ni!

error: Content is protected !!