Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 19, 2018 @ 5:57am

Apple Mungkin Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Seperti kita tahu, selama ini pihak Apple Inc. sentiasa mengeluarkan peranti yang berspesifikasi tinggi, reka bentuk yang menarik namun pada harga yang agak mahal. Namun, dua model iPhone yang bersaiz lebih besar dengan harga yang lebih murah mungkin akan dikeluarkan pada masa akan datang. Menurut sumber, perkara ini dilaporkan oleh Ming-Chi Kuo, satu sumber yang boleh dipercayai apabila bercakap soal ura-ura berkenaan produk Apple.

Kuo menyatakan bahawa peranti iPhone tersebut bakal mengguna skrin bersaiz 6.1 inci dan apa yang menariknya ialah salah satu dari peranti tersebut akan menyokong fungsi dua kad sim. Salah satu faktor yang dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti ini berbanding model iPhone yang lain ialah peranti ini diberitakan bakal menggunakan skrin paparan LCD, berbeza dengan skrin OLED yang digunakan model sebelum ini.

Selain itu, menurut Kuo lagi, Apple juga akan turut melancarkan model yang akan menyambung legasi iPhone X pada tahun ini. Peranti ini dikatakan akan mempunyai dua pilihan model, 5.8 inci dengan ciri satu kad sim serta peranti 6.5 inci yang akan turut menyokong fungsi dua kad sim. Kedua-dua model ini pula akan menggunakan skrin OLED maka dari segi harganya hampir pasti lebih tinggi daripada model 6.1 inci yang menggunakan skrin LCD.

Harga bagi peranti dengan skrin 6.1 inci Apple ini dijangkakan sekitar $ 550-$650 (~RM 2140 – RM 2530) untuk model satu kad sim dan $650-$750 (~ RM 2530 – RM 2920) untuk dua kad sim. Namun bagi peranti 5.8 inci serta 6.5 inci Apple pula masih belum ada laporan berkenaan ramalan harga bagi kedua-dua peranti tersebut.

Walaupun Kuo adalah sumber yang mempunyai rekod yang baik dalam menyampaikan khabar angin berkenaan produk Apple, ura-ura berkenaan peranti–peranti ini masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 31 Aug 2019

3 “External Hard Disk” Terbaik Mampu Milik Dipasaran

3 “External Hard disk” bersaiz sederhana yang boleh dipertimbangkan

TECH Wed, 20 Nov 2019

Tiada Hak Untuk PDRM Semak Telefon Bimbit Orang Awam

PDRM Tidak Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Thu, 12 Sep 2019

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi dan Tercatat Malaysia Book of Records (MBOR)

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi Terbaharu Dalam Sejarah Penghantaran Barang Negara

TECH Thu, 17 Oct 2019

Anda Yang B40 Bakal Terima Dekoder Percuma Dari Kerajaan

pemantauan dari semasa ke semasa akan dibuat untuk penjualan dekoder tanpa lesen

TECH Sun, 25 Aug 2019

Cara Menghapus Data Aplikasi di Smartphone Android

Selain guna Clear Cache boleh juga guna cara ini

TECH Sun, 25 Feb 2018

7 Things You Need To Know About Brand New Samsung Galaxy S9 and S9+

Samsung Galaxy S9 and S9+ will launch really soon and there are so many amazing features you need to check out.

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

TECH Tue, 10 Jul 2018

Samsung Galaxy S10+ Akan Memiliki 5 Kamera

Kehadiran peranti flagship dari Samsung semestinya menjadi perhatian ramai dan tahun ini kita telah menyaksikan barisan Galaxy S9 diperkenalkan dengan membawakan rekaan yang sedikit unik, aperture kamera yang boleh dilaras secara mekanikal. Langkah yang diambil mereka menempatkan S9 antara […]

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

error: Content is protected !!