Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 28, 2023 @ 3:41pm

“Kami Baik-Baik Saja” – Tak Terkesan Dengan Konflik Rumah Tangga Ira Kazar, Kakak Maklum Keluarga Jalani Kehidupan Macam Biasa

Kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar, 40, memaklumkan bahawa adiknya itu dalam keadaan baik-baik sahaja walaupun berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Memetik laporan BH Online, Melor menyatakan bahawa Ira sentiasa positif dan tetap tenang dengan ujian yang dihadapinya.

Malah, Melor yang merupakan kakak sulung itu akui mereka sekeluarga tidak terkesan apa-apa dan hanya menjalani kehidupan seperti biasa.

“Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa, Alhamdulillah baik-baik sahaja.

“Hakikatnya semua sama sahaja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang. Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay.

“Keadaan Ira pun sama sahaja sejak dahulu, sentiasa positif. Jujurnya, kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini.

“Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir,” ujarnya.

Melor juga mengakui ada membaca komen yang ditinggalkan warganet namun memilih untuk tidak terlalu menghiraukannya.

“Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang.

“Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar sebab kalau baca akan mengganggu mental.

“Alhamdulillah, semua okay. Nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan,” katanya kepada wartawan BH Online.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, kakak kedua Ira iaitu Yasmin, 37, berkongsi bahawa mereka menyambutnya secara sederhana.

“Kami memang tidak ke mana-mana Aidiladha. Sambutannya juga tidak semeriah Aidilfitri. Kami pula tiada kampung, memang berasal dari Kuala Lumpur.

“Tetapi kami tetap beraya bersama-sama, berkumpul adik-beradik. Tak pernah lagi tak beraya bersama.

“Ada keluarga sebelah ibu datang beraya di rumah,” jelas Yasmin.

Ditanya adakah mereka bakal menyambut Aidiladha bersama adik iparnya, Syamsul Yusof, Yasmin memaklumkan masih tiada perancangan.

“Tiada rancang beraya dengan Syamsul atau sebagainya, selalu spontan sahaja semua,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Selepas Lama Berdiam Diri, Ira Kazar Kongsi Gambar Suami Buat Pertama Kali

Artikel Berkaitan: “Syamsul, Sarah Dah Tandatangani…” – Seusai Jatuh Talak, Peguam Maklum Kes Saman Terhadap Ira Kazar Selesai Sepenuhnya?

Artikel Berkaitan: “Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Wed, 15 Jun 2022
Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

Featured Sat, 20 Dec 2025

Zahiril Adzim Tak Kejar Populariti, Akui Drama Buat Orang ‘Ingat’ – “Saya Buat Cara Saya Untuk Setiap Watak”

Zahiril menegaskan pemilihan drama bukan bermakna mengorbankan kualiti, sebaliknya disesuaikan dengan cita rasa penonton masa kini.

Trending Thu, 7 May 2020

[TERKINI] Semua R&R Akan Ditutup Bermula Hari Ini

Namun, boleh berhenti untuk berehat dan ke toilet SAHAJA!

error: Content is protected !!