Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 2, 2023 @ 12:37pm

Reen Rahim Tangguh Hasrat Timang Cahaya Mata Demi Kerjaya

Pelakon Reen Rahim mengakui dirinya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata kerana terikat dengan kontrak sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hazim Zainal.

Akur dengan keputusannya itu, Reen turut bersyukur suami dan keluarganya memahami pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

Malah, pelakon itu turut percaya Allah akan mengurniakan rezeki cahaya mata pada masa yang tepat.

“Saya sudah menandatangani kontrak bersama Toyota Gazoo Racing, jadi saya tidak boleh mengandung selama setahun ini.

“Habis kontrak saya berserah pada rezeki apa yang Allah nak bagi. Saya percaya setiap pengorbanan akan digantikan dengan kebahagiaan, jadi saya fikir positif dan anggap ia adalah tempoh saya untuk berbulan madu dengan suami.

“Alhamdulillah, suami dan keluarga memahami, apa-apapun yang kita lalui tiada yang kebetulan, semuanya sudah tertulis. Walaupun rasa pengorbanan menyakitkan, tetapi saya percaya Allah sudah mengatur yang terbaik,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Reen juga tidak terlalu tertekan memikirkan soal cahaya mata kerana optimis semuanya diatur dengan baik.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2019

Anita Baharom Sahkan Hidap SLE

Anita terus terbaring lemah selama dua minggu sehingga terpaksa dicampung suami untuk bergerak ke mana-mana kerana tubuhnya ‘lumpuh’ sepenuhnya.

Featured Mon, 4 May 2020
Trending Thu, 2 Apr 2020

Covid-19 : 208 Kes Positif Terbaharu Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Semoga lebih banyak kes pesakit yang sembuh dicatatkan. #StayAtHome

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Lepas Aishah, Firman Pula Ragui Berlian Vida?

  Selepas penyanyi Aishah menerima berlian dan barang kemas ganti dari Datuk Seri Vida, penyanyi Firman Siagian pula tampil dengan dakwaan serupa. Menurut Firman, subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. […]

Featured Tue, 4 Mar 2025

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,”- Fattah Amin

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Belajar Tak mencemuh Makanan, Fazley Yaakob Minta Netizen Bersabar -“Tak Perlu Sombong Rasa Macam Korang Terpaling Juri Masterchef”

Datuk Fazley Yaakob menasihatkan agar orang ramai lebih bersabar dan tidak mencemuh makanan terutamanya ketika membeli atau berbuka puasa di luar.

Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Henry is Leaving SM Entertainment and Possibly Super Junior-M Too!

What will be the fate of Super Junior-M now? And where will Henry go to?

error: Content is protected !!