Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 2, 2023 @ 4:29pm

Afgan Kembali Gegar Kuala Lumpur! Bakal Jayakan Afgan Live In Concert With MPO 2 Disember Ini!

Atas sambutan dan permintaan ramai, penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC pada 2 Disember 2023.
 
Afgan yang baru selesai menjayakan Afgan Evolution Live In Jakarta, semalam (1 Julai) berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysia menerusi konsert yang dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea.
 
“Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat. Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.
 
“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Selain saya juga senang bekerjasama dengan mereka.
 
“Apa boleh dikatakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini, ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana buat pertama kali saya bekerjasama dengan pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.

“Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, bagi saya ‘it’s amazing’!. Tidak sabar rasanya untuk menghiburkan peminat nanti,” katanya.
 
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini.
 
“Kali ini kita mahu memberikan kelainan pada konsert Afgan. Tidak seperti dulu yang mana tahun ini persembahan Afgan akan diiringi oleh MPO. Saya pasti deretan lagu popular Afgan itu menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO.
 
“Jadi, kepada semua yang tak dapat nak menyaksikan konsert sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan,” katanya.
 
Berbeza dengan konsert sebelum ini, pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal menyaksikan Afgan menyanyikan lagu-lagu popularnya.
 
Menariknya juga, pada konsert ini turut menghiburkan peminat adalah penyanyi jemputan yang bakal diumumkan penganjur kelak.
 
Tiket menyaksikan konsert Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) mula dijual pada 5 Julai 2023, jam 10 pagi, di GOLIVE-ASIA.COM
 
Harga tiket bermula RM1488 (Lestari Merdu); RM998 (Panah Asmara); RM888 (Lenggang Puspita); RM588 (Heaven); RM338 (Knock Me Out); RM298 (M.I.A) dan RM258 (Bawalah Cintaku).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Urban Method Tampil Dengan Domo Arigato

Kumpulan hip hop Urban Method tampil membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi, […]

Hiburan Wed, 30 May 2018

Semarak Syawal Dengan Program Terhebat!

Selaku platform nombor satu pilihan Malaysia, MPTN komited dalam memastikan kualiti program hiburan dan kekeluargaan sepanjang perayaan ini memuaskan hati ramai.

Featured Thu, 18 Jan 2024

Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza Ditunda Demi Hormati Bulan Ramadan, Ini Respons Pihak Yayasan Nurjiwa

Ada sebab kenapa konsert Tokti perlu diteruskan. Nak tahu kenapa? Klik artikel XTRA okay✅

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Thu, 12 Sep 2019

“Kami Memang Selalu Bergaduh..” – Cat Farish

Benda boleh bawak berbincang….

error: Content is protected !!