Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 4, 2023 @ 12:48pm

Isu Terpegang Tangan Rina Nose, Ajai Tampil Beri Respons – “Itu Adalah Insiden Yang…”

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai tampil memberi penjelasan terhadap kejadian berpegang tangan ketika berduet bersama penyanyi dan pelawak Indonesia, Rina Nose.

Menerusi perkongsian Media Hiburan di TikTok, Ajai hanya menghulurkan tangan kepada Rina untuk memintanya jalan ke depan pentas dan tanpa perasan apa-apa, Rina terus menyambut tangan Ajai.

Difahamkan, Rina sedang memakai ‘ear piece’ yang membuatkan dia tidak dapat mengangkap signal tangan Ajai.

“Saya pegang tangan Rina masa awal tu memang tidak sengaja sebab dia menyanyi masa itu pakai ear piece dan saya tidak.

“Saya ada meminta Rina untuk ke hadapan sedikit tapi dia buat taktahu dan terus menyanyi kerana tidak dengar.

“Jadi, caranya adalah saya tunjukkan signal dengan menghulurkan tangan untuk ajak dia ke hadapan, kemudian dia terus capai. Saya pun takpelah, batal lah air sembahyang saya,” katanya.

Ajai juga ada memberitahu dia akan cuba lebih berhati-hati ketika berkongsi pentas bersama Kak Lina kerana tidak mahu dilabel sebagai lelaki yang suka memegang tangan wanita lain.

“Takkan saya nak pisang berbuah dua kali. Kalau saya pegang tangan lepas ni, nanti orang kata saya suka pegang tangan perempuan. Tapi tidak, itu adalah insiden yang saya tak sengajakan,” jelasnya lagi.

@mediahiburanofficial Komposer dan juri tetap Big Stage 2023, Ajai menjelaskan tentang insiden berpegangan tangan ketika berduet dengan pengacara, Rina Nose menerusi lagu Hati Ini Telah Dilukai pada minggu lepas. Menurut Ajai, pada konsert separuh akhir ini pula, dia lebih bersedia ketika dipelawa untuk berduet dengan Elly Mazlein untuk menyanyikan lagu Aku Cinta Aku Rindu. Itu yang pegang baju je tu 🤣 #MHnews #mediahiburanofficial #ajai #bigstage2023 ♬ original sound – Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Events Sat, 13 Jul 2019

大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP!朱咪咪自认NG王

《新年泰疯狂》齐聚马新港泰大咖云集!大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP,朱咪咪自认是NG王~

error: Content is protected !!