Featured By: Salma Syahbuddin July 6, 2023 @ 6:00pm

Sebaknya! Anak Boss Kay Menangis Nak Jumpa, Rupanya Dah Kena ‘Block’

Bekas isteri pertama kepada usahawan popular di platform TikTok, Boss Kay, No0raini Noni mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video pendek berdurasi 36 saat di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nooraini atau lebih mesra dengan panggilan Noni, menunjukkan reaksi anak lelakinya yang menangis teresak-esak  akibat rindukan susuk seorang ayah sambil memegang telefon bimbit berharap bapanya membalas mesej yang dihantar.

Sedih melihat reaksi anaknya itu, Noni bagaimanapun menerangkan keadaan sebenar bahawa Boss Kay atau nama penuhnya, Khaireel Azlee Abdul Aziz telahpun menyekat mesej dan panggilan daripada mereka.

“Saya okay kena block.  Tapi anak tak faham, dia tetap cuba.

“Dia (anak) kata tak apa dia nak try juga mana tau papa mereka baca,” tulis pada kapsyen berkenaan.

@nooraini_noni Replying to @31y4y455 SETELAH SEMUA USAHA jumpakan anak2 dengan ayah GAGAL..maka inilah akibat KEKEJAMAN SEORANG BAPA..terima kasih yang tak terhingga buat si bapa mithali Khaireel Azlee…Jawablah di Akhirat sana atas penyiksaan jiwa anak2 yang tak berdosa ini.. #sahabatbosskay tahniah untuk anda semua kerana merajakan guru yang sebegini.. MasyaAllah….#fyp #viral #ayah #dad #kejam #maktirikejam #xdehati #xdeperikemanusiaan #allahuakbar #subhanallah #sadstory #son #daughter ♬ original sound – Melly Goeslaw TV

 

Lebih menyedihkan, anak keduanya, Anzalna mengalami demam berterusan akibat terlalu rindukan bapa mereka, namun semua usaha yang dilakukan untuk mereka bertemu Boss Kay gagal.

“Paling sedih bila Noni DM sahabat Boss Kay secara personal, jawapan mereka tak nak masuk campur. Hanya mahu ilmu Bosskay. Allah! Sedihnya.. ilmu apa yang mereka kejar?

“Abang tak demam, tapi dia heart broken… Bapak dia tak nak jumpa. Anzalna pula alami demam berterusan. Apa Noni nak buat? Allahuakbar,” katanya.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Noni mendakwa, dia seperti digantung tidak bertali apabila Boss Kay tidak hadir sebanyak dua kali di Mahkamah.

@nooraini_noni Noni nak Tanya berapa ramai isteri yang tgk video ni DI GANTUNG TAK BERTALI oleh SANG SUAMI? DAH BERAPA TAHUN ANDA DIGANTUNG?kalau takut just Komen emoji ok😊🥰#viral #jelitawan #beauty #positivevibes #womenempowerment #perempuanitu #positifvibes #marriage #divorce #hangingnorope #fyp #moveon ♬ original sound – Nooraini Noni

 

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons yang rata-ratanya sebak melihat anak-anak Boss Kay yang rindukan kasih sayang dari ayah mereka.

“Percayalah dik, dia sedang menuju kehancuran.

“Dunia ni macam roda ya. Ingat, ada kifarah disetiap perbuatan kita. Anak dan isteri amanah besar dari Allah.

“Sedihnya! Sampai hati block anak-anak.

“Ada juga manusi kejam pada darah daging sendiri,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Dec 2018
Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

Featured Wed, 8 May 2019
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Featured Sat, 26 May 2018
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Musly Ramlee ‘Hidupkan’ Semula Watak Kassim Selamat

Jika kita tonton filem Ibu Mertuaku, pasti anda akan tertanya, bagaimana watak anak Kassim Selamat iaitu Tajudin apabila besar kelak, apa nasib Sabariah selepas Kassim pulang ke Pulau Pinang bersama Chombie dan bagaimana kesudahan nasib Kassim Selamat pula?

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People Believe That This South Korean Mum and Dad are Idols

Their daughter looks like she could be a child actress too.