Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri March 18, 2018 @ 2:54pm

10 Fungsi Yang Dijangka Hadir Pada Android P

Sudah beberapa siri khabar angin bertiup memperkatakan tentang Android P, Google akhirnya berkongsi pratonton sistem operasi tersebut.

Ketika ini, Android P masih berada dalam proses pembangunan dan diramal akan diumumkan secara rasmi sekitar acara Google I/O 2018 pada bulan Mei hadapan.

Mari lihat apa yang bakal dipertaruhkan Google menerusi sistem terbaru itu.

1. Sokongan terhadap skrin takuk

Walaupun takuk pada skrin sudah lama diperkenalkan, tetapi semua setuju bahawa iPhone X yang mempopularkan rekaan berkenaan. Google nampaknya tidak terlepas untuk mengikuti tren terbabit dengan menghadirkan ciri sokongan untuk takuk berkenaan.

2. Smart Reply pada platform pemesejan

Ciri ini diperkenalkan pada aplikasi Gmail dan juga Allo, dan menerusi Android P ia akan tampil pula pada platform pemesejan. Smart Reply akan memudahkan anda membalas chat serta mesej dengan lebih pantas dibantu oleh algoritma mesin pembelajaran.

3. Berupaya memaparkan gambar pada ruangan notifikasi

Saat ini, apabila anda menerima mesej berupa gambar, ruangan notifikasi hanya memaparkan ayat sahaja. Menerusi Android P, gambar yang diterima itu boleh dilihat terus dari notifikasi.

4. Membezakan antara perbualan berkumpulan atau individu

Platform pemesejan Android P juga dikhabarkan akan membezakan teks mesej individu ataupun berkumpulan untuk penggunaan yang lebih efektif.

5. Ciri zoom teks

Ciri ini tidak disebutkan pada blog rasmi Google tetapi ia dijangka hadir pada Android P. Memberikan pengalaman yang sama seperti pengguna iPhone kerana anda boleh zoom teks untuk paparan yang lebih jelas.

6. Sokongan protokol WiFi yang baru

Sebagai sistem operasi yang baru, sudah pasti ia akan menyediakan sokongan untuk teknologi terkini seperti contoh, protokol WiFi IEEE 802.11mc atau lebih dikenali sebagai WiFi 33 Round-Trip-Time (RTT). Ia memberi kelebihan kepada pembangun aplikasi untuk menggunakan Indoor Position GPS.

7. Teknologi mampatan imej baru, sama seperti iOS 11

Teknologi mampatan ini akan memjimatkan data ketika pemindahan imej serta menjimatkan ruang simpanan pada telefon pintar. Ia merupakan sokongan kepada HEIF(heic), sama seperti yang dilakukan Apple pada iOS mereka.

8. Sokongan dwi kamera

Telefon pintar flagship hingga ke pertengahan ketika ini kebanyakkannya menggunakan tetapan dwi kamera. Justeru itu, sokongan untuk tetapan tersebut sangat diperlukan dan para pembangun dapat mengoptimumkan aplikasi untuk fungsi dwi kamera tersebut.

9. Tingkatkan lagi pengisian automatik kata laluan.

Autofill password akan diberikan nafas baru pada Android P. Pengguna lebih mudah mengisi borang secara dalam talian.

10. Pelaras bunyi secara menegak

Sudah pasti antaramuka juga akan diberikan kelainan dimana pelaras kelantangan bunyi akan direka dengan keduduk menegak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 4 Jul 2018

Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018

Bila mana anda menjengah ke dalam Google PlayStore, banyak aplikasi tersenarai yang menawarkan pelbagai fungsi, tidak kira sama ada untuk kegunaan suntingan, permainan dan banyak lagi. Untuk mengelakkan pengguna tidak terpinga-pinga untuk memilih aplikasi mana […]

TECH Fri, 26 Apr 2019

EduStore: Allowing Students & Educators Access to Amazing Content at Lower Prices

It’s a great access to better quality content for learning and teaching.

TECH Tue, 31 Jul 2018

不再被骇客入侵! Google安全密钥Titan Security Key上市

Google 宣称自 2017 年使用安全密钥以来,超过 8 万名员工就再也没被骇客入侵过了,现在这款安全密钥Titan Security Key将对外贩售。

TECH Mon, 23 Jul 2018

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Aspek-aspek yang anda perlu tahu sekiranya ingin membeli telefon pintar.

TECH Tue, 6 Mar 2018

Sebab Kenapa Microsoft Memiliki Peranti Skrin Penuh Sejak 2014 Tetapi Tidak Dipasarkan

Di tengah-tengah kepelbagaian pengeluar telefon pintar, Microsoft juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri.

Automobile Wed, 2 Jan 2019

Petrol Pump 跳枪再强灌?小心伤车又伤荷包!

补枪没问题,但 Petrol Pump 跳枪以后还再多次补枪到装不下就不太好了!

TECH Thu, 12 Sep 2019

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi dan Tercatat Malaysia Book of Records (MBOR)

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi Terbaharu Dalam Sejarah Penghantaran Barang Negara

TECH Mon, 23 Jul 2018

Cip Memori Terbaru Toshiba Membayangkan Kapasiti SSD Yang Lebih Tinggi

Solid State Drive (SSD) kini mendapat tempat di hati pengguna bagi menggantikan Hard Disk Drive yang masih menggunakan kaedah konvensional. Samsung sebelum ini mengumumkan proses pembuatan V-NAND generasi ke-5 yang dijangka meningkatkan kelajuan SSD. Toshiba pula mengumumkan pembangunan sampel prototaip […]

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah & Pantas Untuk Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Sat, 9 Mar 2019

Tips Cas Bateri Phone Dengan Cepat!

Bila bateri telefon makin kurang pasti mencari cara untuk mengecas dengan cepat (supercharging).

error: Content is protected !!