Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2023 @ 2:57pm

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Pelakon versatile Datuk Rosyam Nor menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM110,000 kepada golongan lelaki terdiri dari kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk menyertai pertandingan azan.

Memetik laporan Kosmo, pertandingan itu akan berlangsung secara atas talian menerusi program Muazin terbitan syarikatnya, Suhan Channel.

Pemilik nama Mohd Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor, 56, berkata, program ini adalah inisiatif bagi meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan selaku panggilan bagi mengerjakan solat.

“Saya mempelawa semua umat Islam yang gemar menggunakan sosial media untuk menyahut cabaran ini, sekali gus menonjolkan bakat kecemerlangan azan mereka.

“Ini juga peluang kepada masyarakat melihat peserta menggunakan kaedah berbeza dalam mengalunkan suara mereka menyampaikan azan.

“Saluran YouTube Suhan Channel berbesar hati berpeluang menyemarakkan keindahan laungan azan menerusi pertandingan yang dibuka kepada ramai secara online,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

 

Tambahnya, peserta yang terlibat dan berani menyahut cabaran ini perlu memuat naik video laungan azan mereka menerusi akaun TikTok, Facebook ataupun Instagram mereka.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak, manakala prestasi dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.

Penyertaan Muazin ini bermula dari 7 hingga 26 Julai dengan menawarkan hadiah berjumlah RM110,000 berupa wang tunai, trofi, pakej mengerjakan umrah, hamper dan sejadah.

 

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Oct 2021

Buat Comeback Dengan Ezra Kong, Hael Husaini Jadikan Kuali Inspirasi Cipta Lagu Kelentang-Kelentong

Penyanyi Hael Husaini kembali bergabung dengan komposer Ezra Kong dalam sebuah lagu baharu berjudul Kelentang-Kelentong. Menjadikan kuali sebagai inspirasi, idea untuk menghasilkan Kelentang-Kelentong datang secara spontan. “Sebenarnya ilham lagu ini tercetus secara tak sengaja selepas […]

Kisah Viral Thu, 11 Jan 2024
Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Events Mon, 15 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG GEGAR PENTAS LAWAK 2018

Kepada yang belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda dengan lawak-lawak yang semestinya tidak kering gusi pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami xtra.com.my/bbb2018!

Trending Wed, 17 Jun 2020