Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 13, 2023 @ 5:03pm

[VIDEO] Bisnes Minyak Wangi Berjaya, Amar Asyraf Gagal Tahan Sebak Kedai Dah Ada ‘Signboard’ – “Setengah Orang Kena Susah…”

Pelakon, Amar Asyraf gagal menahan sebak setelah berjaya membuka sebuah kedai menjual minyak wangi dari jenamanya sendiri, ‘house of al-amar’.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, aktor drama rantaian Perempuan Itu tidak henti menzahirkan kata syukur dan terima kasih atas sokongan ramai pihak sehingga dia mampu membina empayar perniagaanya.

Amar berkata tidak mudah untuk perniagaannya sampai ke tahap ini yang hanya mula berniaga dari rumah.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih semua yang telah memberi sokongan kepada kami daripada bisnes di rumah sampai ada kedai, kemudian dah ada signboard sebesar alam ini. Terima kasih semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Amar dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tercintanya atas dorongan yang diberikan selama ini.

“Sebak rasa. Lama tunggu momen macam ini. Ada orang, baru mula meniaga dah ada kedai besar. Ada orang kena susah-susah, baru dapat ada signboard.

“Saya rasa bahagia sangat, terima kasih kepada isteri saya sebab dia adalah pasangan hidup saya yang terbaik,” tuturnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dimilikinya kini.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.9 juta tontonan, 142,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen.

@amarasyrafzailuddinAlhamdulillah, syukur kepada Allah. TERIMA KASIH semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. TERIMA KASIH SEMUA !!♬ original sound – AmarV.Asyraf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

Featured Tue, 8 Apr 2025

“Kau Hamak Sangat Ke Duit Raya?” – Kak KM Luah Rasa Kecewa, Puluhan Parcel & Duit Hilang

Alahai, kesiannya! Next time Kak KM jangan bagitahu ada apa dalam parcel tu.

Trending Tue, 13 May 2025

RPM Group Dilancar, Rockology Concert 2025 Satukan Awie & Kid Din Hangatkan Pentas

Antara pengumuman terbesar sempena pelancaran RPM Group adalah penganjuran Rockology Concert Tour 2025.

Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada […]

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

歌手们轮番上阵卖力演出!万人同欢迎接2019

《MY GOXUAN 2019够Fun槟城好玩倒数趴》歌手们轮番上阵卖力演出!逾1万4000人一起狂欢迎接2019~

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!