Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 13, 2023 @ 7:58pm

“Saya Bertuah Dapat Awak Sebagai Isteri,” – Sweet! Fatin Afeefa Terima Sejambak Bunga Dari Opai Sempena Ulang Tahun Ke-29

Pelakon, Fatin Afeefa menerima sejambak bunga besar khas daripada suami tercintanya, Aliff Awang.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai mengirimkan bunga kepada isteri tercintanya, Fatin bersempana ulang tahun aktres ini yang ke 29 tahun, hari ini.

Berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs), Opai menitipkan ucapan panjang yang penuh bermakna kepada Fatin.

Meskipun ada beberapa ayat yang dikaburkan, namun ucapan tersebut jelas menunjukkan rasa kasih sayang Opai yang menebal buat Fatin.

“Pada hari istimewa ini, saya ingin mengambil peluang untuk menzahirkan kasih sayang saya paling buat isteri saya. Selamat hari lahir, isteriku yang cantik!

“Saya nak awak tahu betapa bangga dan bersyukurnya saya mempunyai awak sebagai pasangan saya. Awak memberi saya kekuatan, rahmat, dan cinta tanpa syarat.

“Terima kasih kerana menjadi wanita yang luar biasa. Kekuatan, kebaikan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi memberi inspirasi kepada saya setiap hari. Saya sangat bertuah kerana mempunyai awak sebagai isteri saya

“Haply birthday sayang. Semoga hari ini menjadi permulaan tahun yang luar biasa yang dipenuhi dengan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan kegembiraan yang tidak terhingga.

“I love you more dan words can express,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA hantaran IGs tersebut telahpun dipadam.

Sekadar info, Fatin dan Aliff Awang mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurnikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Ivy Hera Sophia, 8 tahun dan kemudiannya berpisah pada 30 Mei 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

Sumayyah Nama Anak Kedua Syamsul Yusof, Tahniah!

Alhamdulillah…tahniah Syamsul dan Sarah. Semoga dengan kehadiran Sumayyah, rumahtangga kalian makin utuh dan bahagia. Insya Allah.

Trending Sun, 21 Jul 2019

Rakaman Gadis Pijak Al-Quran, Apa Kata Bapa?

netizen dinasihatkan agar tidak terus menghukum keluarga mangsa

Featured Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Shiha Zikir Sedih, Bergenang Air Mata Bila Noraniza Idris Dikecam Kerana Suka Lagu ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir terkejut melihat komen kurang menyenangkan yang ditinggalkan di media sosial terhadap Noraniza Idris.

Featured Sat, 6 May 2023
Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

error: Content is protected !!