Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 14, 2023 @ 5:00pm

Sedia Terima Segala Kritikan, Johan Rancang Strategi Kendali ABPBH 35 – “Saya Terima Komen Membina Tapi Kalau Sebaliknya, Lebih Baik Diam…”

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan mengakui sudah bersedia untuk menerima segala kritikan ramai pihak ketika mengendalikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35).

Menyedari dirinya seorang lantang bersuara, Johan bagaimanapun berkata dia perlu bijak mengawal pilihan sendiri terutamanya ketika berada di atas pentas berprestij ini.

“Saya dah mengambil tanggungjawab ini bermakna saya berani menghadap risiko tetapi bagaimana kita mengawal risiko itu adalah penting. Benda (tersalah/tersasul bahasa) itu adalah pilihan.

“Contoh, saya boleh mencarut atas pentas sebab itu pilihan saya tetapi saya memilih untuk tidak. Jadi macam mana kita mengendalikan pilihan sendiri itu adalah penting,” katanya.

Dalam masa yang sama, Johan sempat menitipkan pesanan pedas kepada penonton yang gemar melemparkan kata-kata tohmahan terutamanya di peredaran zaman media sosial kini.

“Sekarang ini zaman media sosial dimana ramai orang boleh kritik apa saja yang tidak puas hati..Kalau komen mereka positif dan membina, saya terima. Tapi kalau kritik sesuatu perkara yang melihat dari luaran sahaja lebih baik diam,” tuturnya.

Sementara itu, Johan meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Ain Edruce.

Menurutnya, dia mempercayai Ain adalah selebriti yang sangat berbakat dan berharap agar mereka masing-masing dapat membantu mewarnakan malam anugerah tersebut.

“Saya percaya dia (Ain) tiada masalah dari segi percakapan atau pengacaraan sebab setiap minggu dia mengendalikan program Melodi TV3.

“Saya percaya pengalamannya boleh dikongsi bersama saya sebab seitap yang berlaku di atas pentas itu perlu dirancang, spontan itu jatuh nombor dua.

“Saya memerlukan masa bersama dengannya untuk bina chemsitry kami bersama, jadi kami akan duduk membincangkan strategi pengacaraan nanti,” jelasnya ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35) berlangsung di The Agam, pada Selasa.

Johan yang juga tercalon top 5 dalam kategori penyampai radio popular dan artis komedi popular menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

“Sejujurnya, fokus saya kepada pengacaraan dan bukan untuk menang. Kalau ada itu, rezekilah. Jadi saya lebih fokus untuk merancang cara saya dan Ain mengacara, takut tersasar.. bahaya,” ujarnya lagi.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 akan dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya pada 21 Julai, Jumaat depan dan penaja utama, oleh Fellera Skin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Makin Lama Makin Nampak Muda, Happy Birthday Shah Rukh Khan!

Tak sabar nak tonton filem terbaru SRK bertajuk Zero. Aamir Khan pun puji tau!

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Baru Lepas Keguguran, Zulin Aziz Berang Kerap Diaju Soal Anak – “Rasa Macam Nak Tampar!”

Alahai, soalan pun 🥺🥺 Soal mengandung ni sangat sensitif gais.. Itu kan rezeki 🥺 Semoga tabah Zulin, Insya-Allah akan tiba masanya nanti ❤️❤️

Trending Tue, 29 Dec 2020
Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kongsi Video Dengan Jururawat, Pelakon Drama NUR Dikecam Netizen?

Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!