Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 18, 2023 @ 1:29pm

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Pelakon dan pengacara, Syifa Melvin mencuri perhatian warganet selepas berkongsi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, menunjukkan salah satu tangkap layar soalan yang diberikan pengikutnya menerusi sesi ‘Question And Answer’ (Q&A) di platform berkenaan.

Berdasarkan soalan yang diberikan, individu yang didakwa merupakan seorang wanita itu telah bertanyakan soalan kepadanya tentang cara untuk memikat lelaki, namun soalan tersebut tidak disertakan dengan tanda tanya sekaligus merujuk lelaki yang dimaksudkan itu adalah suaminya, Safawi Rashid.

“Macam mana nak mengurat lelaki kak Syifa… Kita nak mengurat tapi takut. 

“Tapi dia memang single. Kita nak dia,” komen netizen berkenaan.

Tidak melatah dengan soalan yang diberikan, Syifa bagaimanapun memuat naik hantaran berlainan dan memaklumkan betapa pentingnya penggunaan tanda baca pada setiap soalan yang diajukan disertakan dengan emoji ketawa.

“Haa, baru hampa tau betapa pentingnya tanda baca,” katanya.

Terdahulu, Syifa dan suaminya yang juga pemain sayap untuk kelab Ratchaburi, Safawi Rashid telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 15 Jul 2019

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Kategori baharu, kaedah undian dan persembahan lebih menarik

Featured Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Hiburan Wed, 27 Aug 2025

“Usahakan Jadi Perempuan Ceria, Penuh Rasa Syukur & Tanpa Dendam” – Umisya Mazlan Kongsi ‘Quotes’ Bermakna

Umisya Mazlan, madu kepada Marissa Dania mahu jadi perempuan ceria tanpa dendam

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sajat Pakai Eyeliner RM10 Je? Saksikan Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton

Bukan sahaja mengamalkan solekan yang ringkas dan mudah dalam aktiviti seharian, Sajat juga turut menggunakan alat solek yang murah tau! Eyeliner Sajat cuma berharga RM10 sahaja

Events Fri, 3 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-3 : #daiTV3 Bersama Menjaga Kebersihan

Nak tahu apakah agaknya aktiviti para pendakwah Nusantara kita pada minggu ini. Jangan lupa saksikan Jurnal #daiTV3 hanya di xtra.com.my

Events Thu, 21 Mar 2019

Karnival Jom Heboh dan Grand Bazaar Ramadan Anjuran TV3 Dan BUR

Jom kunjungi Karnival Jom Heboh 2019 dan Grand Bazaar Raya!

Events Sun, 12 Mar 2023
Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Umie Aida Suruh Pembantu Rumah ‘Berambus’!

Pembantu rumah bertindak biadab dengan meninggikan suara terhadap ibunya dengan serta merta dihalau keluar

Hiburan Thu, 26 Sep 2024

Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’ & Bakat Menyanyi, Ini Calon Top 20 #XTRAXSTAR2024!

Wah, tahniah semua Top 20 #XTRAXSTAR2024! Undi calon kegemaran anda bermula 30 September ini

error: Content is protected !!