Acara By: Padin July 19, 2023 @ 12:44pm

Edisi Ke-7 Berlangsung Meriah! 5,000 Peserta Sertai Putrajaya Bridge Night Ride 2023, Digamatkan Dengan Kehadiran Kumpulan Basikal Tua

Putrajaya Bridge Night Ride 2023 (PBNR 2023) merupakan acara istimewa (signature event) berbasikal santai pada waktu malam yang terbesar, merentasi 9 buah jambatan ikonik di Putrajaya.

PBNR 2023 merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Syarikat Red Adventure.

Memasuki edisi ke-7 tahun ini, PBNR 2023 melibatkan penvertaan seramai 5,000 peserta dan lebih istimewa, PBNR 2023 julung kalinya menganjurkan Putrajaya Cycling Fest sebagai acara sampingan.

Istimewa untuk edisi kali ini, ia turut disertai oleh 20 peserta Kumpulan Basikal Tua Seremban. Penyertaan persatuan terbabit mencuri tumpuan ramai apabila mereka menyertai kayuhan dengan basikal tua dan menggayakan pelbagai pakaian lama zaman dahulu seperti uniform polis, penghantar surat, tentera dan banyak lagi.

Acara pelepasan kayuhan PBNR 2023 kali ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, diiringi oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud.

PBNR adalah merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perbadanan Putrajaya dalam merancakkan industri pelancongan di Putrajaya melalui pelancongan sukan.

Melalui acara ini, para peserta akan diperkenalkan dengan laluan basikal yang disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya iaitu Putrajaya Cycling Route yang menediakan laluan berbasikal yang selamat untuk dilalui pada waktu malam.

Melibatkan acara kayuhan sejauh 7, 12, 20 dan 30 kilometer, iaa turut disertai oleh tetamu kehormat, tetamu jemputan, rakan media dan barisan selebriti tempatan iaitu Idzham Ismail, Ezlynn, Amir Ukays, Salman JKKK dan ramai lagi.

Tarikan bagi acara ini adalah laluan kayuhan yang melalui jambatan-jambatan ikonik di Putrajaya. Selain itu, Putrajaya Cycling Fest yang merupakan acara sampingan berbentuk karnival berkonsepkan rekreasi sukan santai keluarga diadakan pada hari yang sama.

Pengisian program karnival ini adalah seperti booth jualan dan pameran outdoor serta rekreasi, booth produk pelancongan, demo dan Klinik basikal BMX, skate boarding, sesi perkongsian pengalaman daripada ikon basikal dan pengembara basikal, pameran dan funride basikal tua, zon aktiviti kanak-kanak, persembahan seni budava dan persembahan pentas oleh artis jemputan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 28 Nov 2019
Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

Acara Fri, 10 Aug 2018
Acara Thu, 30 Apr 2020

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Saiz mini tarik perhatian untuk dimiliki

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Wed, 29 May 2019