Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 20, 2023 @ 6:41pm

Timbul Persoalan Tidak Tolak Jodoh Orang Industri Dalam Tempoh Edah, Ini Respons Puteri Sarah – “Siapa Kita Menidakkan Takdir…”

Pelakon Puteri Sarah enggan terlalu terburu-buru mencari pengganti bekas suami kerana masih dalam tempoh edah.

Memetik laporan Kosmo, dakwaan yang mengatakan Sarah sedia berkahwin dengan orang yang bekerja dalam industri hanyalah sekadar menjawab soalan peminat semasa ‘live’ di TikTok.

“Saya masih dalam edah, baru sebulan. Tak manis kalau saya bercakap banyak tentang nak cari pengganti (Syamsul).

“Yang diperkatakan dalam media sosial saya hanya menjawab soalan daripada peminat. Siapa kita menidakkan takdir, betul? Orang industri ke atau siapa-siapa, tunggulah jodoh saya sendiri sampai nanti.

“Bab jodoh ini, saya tak mampu dan mempunyai kudrat menduganya. Apa yang penting kalau masih lagi berjodoh untuk bersuami, saya mahukan seseorang faham dan boleh terima saya seadanya serta anak-anak,” katanya.

Terdahulu, timbul persoalan apabila Sarah memaklumkan dia tidak menolak jika berjodoh dengan orang industri.

Sementara itu, Sarah turut mendoakan agar bekas suami, Syamsul Yusof dalam menjalani kehidupan berumahtangga dengan isteri, Ira Kazar.

Menurutnya, dia masih berhubungan baik dengan keluarga mentuanya demi anak-anaknya.

“Doa saya yang baik-baik buat semua termasuk bekas suami, Syamsul.

“Saya kekal menjaga hubungan baik dengan Syamsul termasuk mentua, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Patimah Ismail. Saya masih menziarahi mentua saya seperti biasa sampai sekarang.

“Demi anak-anak tersayang. Mereka perlukan bapa dan datuk serta nenek mereka untuk membesar seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Namun, rumah tangga mereka tidak kekal dan sah bercerai dengan talak satu pada 13 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Hiburan Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Yakin Bantuan Altimet, ArYanti Harap Tuah ‘Nak Apa Lagi’ Menjadi!

Wanita berusia 36 tahun ini berharap percubaan kali keduanya ini bakal membuahkan hasil, good luck ArYanti!

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Agihan Royalti Belum Selesai, Karyawan Rayu Kerajaan Bantu

Karyawan, katanya, mencadangkan agar kerajaan baharu campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan artis memperoleh royalti yang menjadi hak mereka.

Featured Wed, 22 Jan 2025

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Nazim Othman Semakin Memilih?

Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

Trending Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!