Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 25, 2023 @ 2:00pm

[VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – “Ada Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

Pelakon Imran Aqil memaklumkan dia dan pasangan Dahlia Rizal bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selepas hampir setahun mengikat tali pertunangan.

Menurut Imran atau nama lengkapnya Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, majlis tersebut bakal berlangsung pada penghujung tahun ini namun belum bersedia berkongsi tarikh kepada umum.

Imran turut menjelaskan perkongsian video yang dibuatnya tempoh hari adalah proses untuk melengkapkan borang pernikahan.

“Insya-Allah dalam tahun ini. Hujung tahun tapi dalam masa yang terdekat.

“Gambar yang dimuat naik itu adalah untuk proses borang nikah. Saya boleh katakan persiapan kini sudah hampir 70 peratus,” katanya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Imran turut mendedahkan terdapat dugaaan dalam fasa pertunangannya seperti wujud orang ketiga yang cuba mendekati Dahlia namun tetap saling percaya antara satu sama lain.

“Tak nafikan ada dugaannya, orang ketiga, kelemahan masing-masing dan kami cuba terima kekurangan bersama tetapi dalam masa sama kami tahu kekurangan dan cuba perbaiki.

“Saya ini tak ada lah kacak mana tapi biasalah…Dahlia bagi saya antara wanita yang tercantik di Malaysia.

“Jadi bila ramai dapat tahu dia akan berkahwin, ada orang kenamaan yang cuba mendekati. Namun saya tetap percaya pada dia. Kita tahu mana yang baik dan buruk.

“Saya percaya dia. Apakah percintaan tanpa kepercayaan?,” kongsinya.

Disoal mengenai persediaan untuk menjadi seorang suami, Imran akui ia perkara yang besar dalam hidupnya dan sedang mempelajari ilmu ruamh tangga.

“Saya sedang cuba hadapi persediaan itu. Nak kata bersedia sepenuhnya itu belum lagi.

“Sedikit demi sedikit saya ambil langkah untuk jadi lebih matang, tahu tugas seorang suami dan isteri.

“Yang paling penting, perlu tahu amanah yang perlu saya pikul sebagai seorang suami kelak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Teh Tarik Pula Di Pasaran?

Produk terbaru ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan bungkusan super kreatif. Dijual pada harga RM 8.40 sahaja, kondom perisa teh tarik ini juga sudah mula jadi bualan di media sosial. 

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Fendy Bakry Sebak Kucing Kesayangan Mati – “Terima Kasih Nak Hadir Dalam Hidup Daddy & Mummy…”

Baru-baru ini, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak apabila kucing kesayangannya iaitu Missy dipercayai mati akibat paru-paru berdarah. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fendy, dia dan isterinya, Ayu Afnizar tidak dapat menahan air mata […]

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Thu, 26 Sep 2019

鍾瑾桦受邀前往韩国!担任音乐节表演嘉宾

Alvin鍾瑾桦受邀前往韩国担任《2019 Asia Song Festival》表演嘉宾;他是继林宇中(2008)、光良(2010)和Asmidar(2017)后第四位受邀的马来西亚歌手。

error: Content is protected !!