Euforia Bola 2026
#TriviaXTRA By: Atiqah Johari July 24, 2023 @ 9:11pm

#TriviaXTRA: Tak Suka Manusia ‘Plastic’! Tapi Introvert & Manja Orangnya? Ini 4 Fakta Menarik Tentang Sharifah Sakinah Yang Ramai Tak Tahu!

Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired merupakan seorang selebriti yang versatil di Malaysia.

Sakinah memulakan kerjaya lakonan menerusi sitkom berjudul Hotel Mania pada tahun 2010. Namanya mendapat perhatian dalam bidang seni menerusi beberapa siri komedi seperti Bimbi & Bonnie, Havoc Warna, Yem Rempit, Girlfriend Aku Dari Neraka dan banyak lagi.

Dengan bakat yang dimiliki, Sakinah pernah merangkul anugerah bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular menerusi Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014 malah tercalon sebagai Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.

Untuk makluman, Sakinah merupakan adik kepada selebriti Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah manakala Sherry Alhadad ialah ibu saudaranya.

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Sharifah Sakinah berkongsi mengenai beberapa fakta menarik tentang dirinya!

1. Berpersonaliti Introvert?

Dikenali dengan perwatakan gila-gila, happy go lucky dan hiburkan ramai orang tapi siapa sangka Sakinah rupanya seorang yang introvert.

“Saya introvert. Orang tak tahu saya introvert, kadang-kadang saya akan tutup telefon saya duduk dekat rumah sorang-sorang. Saya suka bersendirian”

Mesti ramai susah nak percaya yang Sakinah ni introvert kan 😂

2. Cenderung Pada Satu Benda Sahaja?

Tak semua orang mampu untuk lakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Sama juga macam Sakinah! Dia seorang yang ultra focus.

“Saya kalau kearah satu benda, satu benda tu je saya fokus. Kalau exercise, exercise je. Saya tak boleh multi focus”

Okay lah kan janji happy ❤️

3. Sukakan Kebenaran! Say No To ‘Plastic’?

Kebenaran sentiasa menang walaupun kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan. Hidup lebih indah tanpa drama murahan! Tak gitew?

“Saya tak suka benda ‘plastic’. Benda-benda plastic macam manusia ke. Saya sukakan kebenaran”

Love Sakinah punya energy 💅

4. Manja Orangnya 🤭

Wanita sekuat mana pun dia mesti ada sisi lembut jugak kan. Sakinah tak malu okay mengaku dia orang yang manja.

“Saya nampak strong tapi sebenarnya saya lembut juga. Orang tak tahu je la manja rupanya”

Bak lirik lagu Ainan Tasneem… ‘Aku Punya Manja Kau Saja Boleh Rasa’ 🤣

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022

Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Hina Golongan Miskin, Ini Penjelasan Fedtri Yahya

Aik, dulu tak ada isu pun pasal lagu Siti Nurhaliza ni.. Aiyoo

Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Raikan 50 Tahun Karier Rajinikanth, Filem Tamil Coolie Gegarkan Pawagam

Wow, jom layan filem baru Rajinikanth, Coolie di pawagam sekarang!

Featured Mon, 27 Mar 2023

Bella Dally Minta Jangan Tanya Soal Anak – “Kadang-Kadang Ia Stress Sebab…”

Hmm kadang-kadang kita kena sensitif dalam beberapa hal…

Trending Fri, 3 Nov 2023
Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

error: Content is protected !!