Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 26, 2023 @ 12:17pm

Kongsi Momen Bersama Keluarga Sebelum Kahwin, Mira Filzah Rindu Berkumpul Dengan Adik-Beradik

Pelakon Mira Filzah mengakui dirinya rindu akan kehidupannya bersama keluarga tercinta sebelum mendirikan rumah bersama, Wan Emir Astar.

Menurut pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, dia lebih rindukan momen untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama adik-beradiknya.

Namun, dia sedar kini mereka terikat dengan komitmen keluarga masing-masing.

“Saya sangat rapat dengan adik-beradik. Beza umur kami pun tak jauh. Kebetulan semua perempuan. Apa-apa pun semua kami kongsi.

“Kalau ikutkan saya ni seorang introvert, circle saya sangat kecil. Saya tak ramai sangat kawan-kawan diluar san. Jadi, adik-beradik tulah kawan saya,” katanya.

Menerusi laporan dari akaun TikTok Keluarga, Mira turut meluahkan rasa rindunya apabila mereka dapat berhimpun di bawah satu bumbung dan melakukan aktiviti seharian bersama ibu bapanya.

“Dari segi kenangan, saya rindukan suasana bila semua masih single duduk di bawah satu bumbung dengan ibu bapa. Sekarang kita faham ada komitmen masing-masing ada suami, ada anak. Jadi, nak jumpa dan berkumpul tu susah.

“Kalau dulu masing-masing single, kita akan ada kat rumah dengan mak abah sekali. Jadi, saya rindukan momen untuk bersama dengan semua ahli keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Mira dan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir.

@keluarga.my Bagi yang rapat dengan adik beradik, pasti anda semua rindu momen berkumpul bersama.. Bila dah kahwin, semua ada komitmen. Dah susah nak berkumpul. Betul tak? #keluarga #majalahkeluarga #mirafilzah #siblings ♬ Memories – Lux-Inspira

Sumber: Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Events Tue, 12 Mar 2019

37年创作版税仍在收!罗大佑420来马开唱

《童年》37年前创作,版税至今仍在收!罗大佑4月20日来马,以全新演绎方式唱给你听~

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

Amira Othman Nafi Sudah Bertunang Dengan Fattah Amin

Amira Othman perjelas dakwaan sudah bertunang dengan Fattah Amin

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Freda Liu Embraces Girl Power in Her Fifth Book ‘In Your Skin’

For all the women out there to become stronger than ever!

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Asyik Bawa Watak Perampas, Syazuwan Hassan Mula Jemu?

Korang rasa watak apa yang sesuai dengan Syazuwan?

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Sun, 18 Dec 2022
error: Content is protected !!