Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2023 @ 6:32pm

Amir Ahnaf & Nora Danish Berlakon Filem Seram ‘The Parcel’ Di Indonesia!

Rumah produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan sebuah filem seram terdahulu iaitu Rumah Iblis.

Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andibachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.

Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil ada alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.

“Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.

“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya.

Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.

“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” kata Alif Nabil.

Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.

“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.

“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya lagi.

Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon baharu yang kian meningkat naik, Amir Ahnaf.

The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’. Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.

Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.

Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.

Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.

Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.

Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat. Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham yang tular membabitkan dirinya & Uqasha Senrose.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Doa Yang Terbaik Untuk Kakak’- Neelofa Enggan Komen Panjang

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nabila & Sharnaaz Ahmad…

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

ZIZAN RAZAK DEDAH SIAPA WANITA LEMAH LEMBUT ITU

Tweet yang diletakkan dengan hashtag #lelakijangantertipu nyata mendapat perhatian peminat dan pengikut beliau seramai 2.64 juta di laman tersebut

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Akui Ramai Cuba Dekati, Ira Kazar Mahu Cari Pasangan Bijak Tangani Konflik – “Bukan Orang Dalam Industri, Tapi Ada Status”

Ira menegaskan dia tidak serik untuk kembali berumah tangga, sebaliknya pengalaman lalu menjadi pengajaran untuknya lebih berhati-hati.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Selesa Bertiga, Forteen Belum Terfikir Cari Pengganti Izzue Islam

Forteen juga baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Diam Saja yang mana liriknya ditulis sendiri oleh mereka.

error: Content is protected !!