Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 1, 2023 @ 6:16pm

Berhasrat Bawa Anak-Anak Sepentas Di Plenary Hall KLCC, Ini Konsert Terakhir Jamal Abdillah? Bakal Berduet Dengan Penyanyi Legenda 

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan bakal membawa anak-anaknya, Osama Yamani dan Zaki Yamani berkongsi pentas ketika di konsert yang bakal berlangsung pada 9 September ini bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Namun begitu, Jamal berkata perkara tersebut masih dalam perbincangan kerana anak-anaknya dinaungi oleh syarikat rakaman.

“Saya sudah maklumkan kepada anak-anak, cuma tunggu pihak Shiraz sahaja yang perlu berurusan dengan syarikat rakaman mereka.

“Kalau konsert saya sendiri yang anjurkan, lebih mudah. Niat untuk sepentas dengan anak-anak tu dah lama… Insya-Allah kalau ada rezeki,” katanya.

Legenda yang terkenal menerusi lagu hits seperti, Azura, Kau Kekasih Awal dan Akhir, serta Gadis Melayu ini teruja dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, Shiraz Projects atas peluang diberikan untuk menjayakan konsertnya.

Menurut Jamal, pihak Shiraz menawarkan untuk mengadakan konsert pada enam bulan lalu dan pihaknya bersetuju kerana mempercayai penganjur yang berpengalaman luas dan kredibilitinya yang sering membawa artis ternama serta antarabangsa ke tanah air.

Sementara itu, Shiraz turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan konsert hari kedua, sekiranya jualan tiket pada hari pertama akan ‘sold out’.

“Konsert ini akan meraikan lebih kurang 50 tahun penglibatan Datuk Jamal dalam industri muzik. Harapnya kita akan sold out satu malam dan akan tambah lagi satu malam,” kata Shiraz.

Jamal Abdillah

Bercerita mengenai pemilihan lagu, Jamal berkata akan membawakan dalam lingkungan 20 lagu selain segment istimewa berduet dengan artis legenda tersohor.

“Saya akan menyampaikan lebih kurang 15-20 lagu, berkemungkinan akan ada tiga hingga empat segment.. Dari segi pemilihan lagu saya akan merangkulkan lagu yang jarang didengari dalam bentuk medley supaya penonton puas.

“Pihak Shiraz juga masih berurusan untuk membawakan penyanyi undangan bernama besar, seorang legenda yang pastinya dan merupakan penyanyi lelaki. Selain itu, saya juga akan membawakan rappers untuk menyanyikan lagu saya bersama Malique, selain bekerjasama dengan anak-anak, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Seroja ini juga sempat bergurau dengan menyatakan konsert ini adalah konsert terakhirnya setelah lama berkecimpung dalam industri

“Ini rasanya konsert terakhir,” katanya berseloroh.

Untuk peminat, tiket serendah RM255 (Silver), RM355 (gold), RM495 (Platinum), RM595 (Diamond) dan pemegang tiket Meet & Greet (RM995) boleh mula mendapatkan tiket bermula esok menerusi www.mytiket.asia

Jamal Abdillah

Kredit foto: NSTP/ Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Hiburan Fri, 23 Jan 2026

DJ Sonic Bongkar Rahsia, Dedah Fazura Pernah Tolak Banyak Tawaran Jadi Duta Demi Anak

DJ Sonic berkata Fazura sentiasa berpegang kepada keyakinan dan aturan Allah

Featured Sat, 12 Apr 2025

Sambut Menantu Dengan Penuh Restu, Ibu Aliff Aziz Doa Rumah Tangga Anak Dilindungi

Ibu kepada Aisyah Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa syukur diatas pernikahan anaknya bersama Dr Fakhrudin Amir Ismail.

Trending Tue, 9 Nov 2021

Jom Hantar Barang Dengan J&T, Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada […]

Featured Tue, 19 Aug 2025

“Tangan Yang Digunakan Untuk Menyakiti Orang Lain Sebenarnya Menzalimi Diri Sendiri” – Isyariana

makian, cacian dan sebagainya boleh membuatkan manusia itu muflis di akhirat kelak.

Trending Sat, 9 Mar 2024
error: Content is protected !!