Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 9, 2023 @ 2:45pm

“Saya Cuma Jadi Diri Saya Sendiri, Keluarga Pun Tak Ambil Tahu Sebab…” – Yasmin Hani Lali Kecaman Netizen Isu Seksi

Sering dikrtitik mengenai penampilannya yang dikatakan seksi, pelakon dan pengacara Yasmin Hani tampil memberi respons mengenai perkara tersebut.

Menurut Hani atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 44, dia tidak mengambil pusing kritikan yang diterimanya kerana menganggap pembenci sentiasa bersama dalam kehidupan.

Malah, Hani turut menyekat dan memadam kutukan yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

“Bila muat naik gambar yang biasa-biasa, tiada apa-apa pun, saja nak cari kesalahan. Jadi biarkan mereka untuk cari kesalahan sebab kesalahan tak akan habis.

“Yang komen pun bukan mereka ‘follow’ pun, akaun pun tiada gambar yang dimuat naik. Jadi saya ‘block’ dan ‘delete’. Orang tanya sampai bila saya nak buat begitu, saya cakap sampai bila saya boleh.

“Mereka tak akan hilang di dunia, sama ada kita perlu hidup dengan mereka atau hidup tanpa mereka. Saya pilih untuk tidak,” ujarnya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.

Yasmin Hani

Yasmin Hani lali kecaman netizen, jadi diri sendiri

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia memaklumkan keluarganya memahami setiap apa yang dilakukannya.

“Keluarga saya tak ambil tahu langsung, sebab yang paling penting, sebelum orang luar tahu, ibu saya akan tahu apa yang saya lakukan.

“Saya serumah bersama ibu saya, ‘my family is my world’.

“Saya daripada dahulu lagi pakai baju yang sama, orang tak perasaan, sama sahaja, cuma bezanya dulu saya berkahwin kemudian cerai dan sekarang…tak tahu lah, saya cuma jadi diri sendiri, saya tak pernah tukar identiti,” jelasnya.

Tambah Yasmin, dia sangat menghargai kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Pada akhirnya, saya hargai orang yang sentiasa menyokong saya, bukan dengan cara yang mencari kesalahan saya.

“Saya hidup dengan cara sendiri, saya tak buat jahat pada orang, kita buat baik, jaga diri dan terus bekerja dengan baik. Itu sahaja.

“Kepada yang menyokong, sentiasa positif dengan saya, itulah yang saya hargai sangat. Jika sebaliknya, saya minta maaf. Saya tiada masa untuk baca cemuhan,” katanya.

Terdahulu, Hani sering menjadi perhatian wargamaya apabila kerap tampil dengan imej seksi dan berani sehingga mengundang pelbagai reaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Ada Tarikh Kahwin Tapi Ramai Nak ‘Sponsor’ Majlis Yasmin Hani & Alif Hadi – “Sampai Make Up Artis Terkemuka Dah Bagi Nama”

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Foto Yasmin Hani Jadi Perhatian, Netizen Komen: “Ketiak Dia Lebih Cerah Daripada Masa Depan Aku”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Jun 2018

Nurul Shamsul, Gadis Kelahiran Malaysia Pertama Berjaya Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand

Nurul Shamsul, gadis berhijab kelahiran Malaysia berjaya menjadi Top 20 Miss Universe New Zealand 2018.

Trending Wed, 1 Mar 2023

Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir Gamit Nostalgia

Kehadiran kugiran popular Indonesia Kerispatih bersama Sammy Simorangkir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu seluruh peminat muzik mereka di Malaysia. Dibawakan oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, Konsert Moments Of Kerispatih […]

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hafiz Suip Persiapkan Diri, Hadir Dengan Kejutan Figura Legenda!

Hafiz Suip tampil individu legenda dalam persembahan Terus Bersinar AJL39

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

Trending Tue, 23 Jan 2018

超准塔罗能量解读 网友「太不可思议」

2018年是一个新的开始,你已做好新一年的计划,承接这股全新的力量了吗?如果你了解自己今年的优势力量,那将有助展开这趟年度灵魂之旅。闭上眼睛想象下,一年后回顾2018,看见自己丰富多元的展现,嘴角会不自禁上扬。

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

error: Content is protected !!