Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 9, 2023 @ 12:05pm

28 Tahun Bina Rumah Tangga, Bekas Madu Miera Leyana Masih Tertanya-Tanya Punca Diceraikan – “Saya Tak Tahu Apa Kesalahan…”

Bekas madu kepada pelakon Miera Leyana dan bekas isteri kepada Rosland Othman iaitu Adibah Abdul Mutalib masih tertanya-tanya punca dirinya diceraikan.

Memetik laporan Harian Metro, dia redha dengan perceraian tersebut namun terfikir tentang kesilapan yang dilakukan terhadap bekas suami.

“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.

“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.

Menurutnya, dia ingin memulakan kehidupan yang baru dan sedar dia perlu kuatkan semangat untuk bangkit semula.

Malah, Adibah bersyukur banyak mendapat sokongan positif daripada anak-anak, keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa bersamanya.

Khamis lalu, Adibah sah diceraikan dengan talak satu oleh Rosland di hadapan hakim, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang anak perempuan yang berusia 11 sehingga 26 tahun.

Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland itu kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang sudah lama mereka bina.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian berkenaan.

Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana dan dikurniakan seorang anak perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Miera Leyana, Rosland Othman Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Punca Keretakan Rumah Tangga Suami & Madu, Ini Respons Miera Leyana – “Ada Tembok Dinding Antara Saya Dan Dia…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2024
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Saksikan Persembahan Teater Akrobatik Paling Memukau Dalam IMAGINATRICKS Hanya Di Genting Highlands!

Jangan lupa prepare diri korang sebelum menyaksikan persembahan memukau ni okay!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Wed, 28 May 2025

“Logik & Iman Berperang” – Tular Isu Serumah Dengan Pocong, Catriona Ross ‘Percaya’ Benda Ghaib 

Catriona Ross yang kelihatan berkongsi pandangan peribadinya berhubung isu ‘housemate’ pocong.

Trending Mon, 22 Jan 2018

收到新人宝可梦RPG喜帖 好友「我接受你们的挑战!」

曾经红极一时,大街小巷人人都在抓宝的《精灵宝可梦》,现在……还是很红啦!网络流传着日本一对死忠的宝可梦玩家准备要结婚了,于是他们的喜帖特别精心设计,当然也跟宝可梦脱离不了关系。

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

James杨永聪《Lost & Found》913来马宣传!

相隔五年没来马宣传的James杨永聪,终于带着全新创作中英双碟专辑来到马来西亚宣传啦!

Trending Tue, 19 Jun 2018

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

error: Content is protected !!