Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2023 @ 2:10pm

Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad tampil menjawab spekulasi hubungan persahabatan bersama aktres Nad Zainal yang didakwa telah terlerai.

Menurut Sherry, kali terakhir mereka saling berhubung adalah sebelum Nad mendirikan rumah tangga bersama aktor, Ungku Ismail.

Jelas Sherry, setakat ini dia masih belum berjumpa dengan Nad dan hanya berhubung bertanya khabar mengenai rakan baiknya itu melalui ibu bapanya.

“Kali terakhir saya berhubung dengan dia (Nad) adalah sebelum dia berkahwin. Dia tak ada menghubungi saya, saya pun tak sempat berjumpa dengan dia lagi. Hanya mendengar berita daripada sahabat-sahabat lain.

“Saya juga masih berhubung dengan ibu bapanya, bertanya khabar tentang keadaannya sekarang,” katanya.

Sherry Alhadad Nad Zainal

Sementara itu, Sherry mengakui rasa sayang terhadap rakan baiknya itu masih utuh dan tetap menganggap Nad sebagai seorang adik, walaupun sudah lama tidak bersua muka.

“Tali silaturahim antara kami masih ada.. Saya kenal dia sejak umurnya 17 tahun. Pada saya, saya masih sayang dia dan masih berkawan. Dia adik saya.

“Saya juga pernah menjadi guru dia dahulu, jadi saya tak pernah putus untuk mendoakan yang terbaik dalam setiap pemilihan hidupnya.

“Saya sibuk, dan dia juga sibuk berniaga. Jadi kami masih tak sempat nak berhubung lagi. Saya rasa masing -masing pun dah ada tanggungjawab baru dan kebahagiaan masing-masing.

“Walau apa pun, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaannya,” tuturnya ketika ditemui di majlis sidang media B.A.R.I.S.T.A. Misi Terpaling Sulit berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Sherry meluahkan rasa lega apabila tanggungjawabnya sebagai seorang rakan terlaksana selepas sama-sama mengumpul dana bersama sahabat lain bagi membantu Nad dalam keadaan kritikal di hospital.

“Saya gembira dia sudah menemui kebahagian dia dan dia pun bakal menimang cahaya mata yang baru nanti. Berkat doa dan juga usaha rakan-rakan membantu apabila dia memerlukan tu saya rasa bersyukur.

“Itulah tugas kita sebagai sahabat, bukan hidup dalam keadaan senang, susah pun bantu. Bila rakan artis, media, peminat-peminat bantunya untuk mengumpul dana tu saya sangat terharu,” ujarnya.

@xtra_my

‘Saya masih berhubung dengan ibu bapa Nad Zainal’ – Sherry Alhadad 😢 Semoga persahabatan mereka kekal terjalin buat selamanya 🤍 #fyp #xtramy #sherryalhadad #nadzainal #kawan #silaturahim #tak #berhubung #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hospital KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Susulan keadaannya yang membimbangkan itu, rakan-rakan selebriti melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal demi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.

Sekadar info, Nad dan Ungku berkahwin pada 23 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disapa Peminat, Netizen Dakwa Nad Zainal, Ungku Ismail Beri Reaksi ‘Kekwat’? – “Senyum Pun Tidak”

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Sarat Hamil, Fasha Sandha Sempat Usap ‘Baby Bump’ Untuk Ambil Berkat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Aug 2021

Nur Dhabitah Akui Sudah Ada Kekasih?

Nama atlet Nur Dhabitah Sabri tidak asing lagi apabila beliau menjadi kebanggaan negara dan berjaya mengharumkan Malaysia dalam temasya-temasya sukan besar. Namun sejak penglibatannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, segala yang dilakukan oleh Dhabitah mula […]

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

The End of Brangelina: Angelina Jolie Wants Divorce Settled by End of 2018

It seems like there really will be no more Brangelina soon.

Drama Wed, 13 May 2026
Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Trending Sun, 27 Jul 2025
Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Yusuf Bahrin Bimbang Penyakit Ain, Elak Kongsi Kebahagiaan Dengan Zizi Kirana – “Saya Tidak Mahu Berkibatlkan Netizen”

Yusuf Bahrin enggan kongsi kemesraan bersama Zizi semata-mata demi ‘memuaskan’ netizen

error: Content is protected !!