Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2023 @ 1:30pm

Lama Menyepi, Fathia Latiff Kini Bergelar Pengamal Undang-Undang?

Pelakon Fathia Latiff memaklumkan dirinya kini merupakan seorang pengamal undang-undang.

Walaupun lama menyepi dalam bidang lakonan, namun aktres yang popular menerusi drama rantaian popular di TV3, Ariana Rose ini sedang aktif berkerja di sebuah firma guaman iaitu di Tawfeek Badjenid & Partners.

Perkara itu dimaklumkan Fathia sendiri menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Officially a legal practitioner,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Fathia atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 35, turut berkongsi beberapa foto bersama rakannya di firma guaman tersebut menerusi hantaran di Instagram Storynya (IGS).

Sebelum ini, Fathia pernah memaklumkan menerusi kenyataannya kepada sebuah portal hiburan bahawa, dia tidak berminat untuk meneruskan chambering sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sekitar tahun 2015.

Namun, dia tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan untuk menjadi seorang peguam, dia akan lebih memilih untuk menjadi seorang peguam hartanah.

Sekadar info, anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan ini bertuah memiliki adik-beradik yang memiliki latar belakang pendidikan hebat termasuklah ada yang menjadi peguam dan juga bergelar seorang doktor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Bertudung Bukan Sebab Suami

Pelakon berusia 33 tahun ini memaklumkan keputusan diambil untuk memakai hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

error: Content is protected !!