Euforia Bola 2026
#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain August 16, 2023 @ 4:30pm

#ThrowbackXTRA: Bomba Atau Berlakon, Mana Satu Pilihan Hati Hisyam Hamid?

Umum mengetahui, pelakon tampan Hisyam Hamid pernah berkhidmat sebagai anggota bomba di Singapura sebelum menceburi industri seni lakonan tanah air.

Namanya mula meningkat selepas membintangi drama bersiri, Ariana Rose buat pertama kali, Hisyam mengakui kedua-dua kerjaya yang diceburinya itu mempunyai cabaran yang berbeza.

Untuk segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Hisyam tampil berkongsi pengalamannya menceburi industri lakonan tanah air selepas nekad meninggalkan kerjaya unit beruniformnya.

Asam Garam Ketika Ceburi Bidang Lakonan

Menurut Hisyam, sebelum nekad meninggalkan kerjayanya sebagai anggota bomba di Singapura, dia terpaksa berulang-alik dari negara itu demi meneruskan impiannya sebagai pelakon.

Malah, dia turut mengakui dirinya terpaksa menempuhi pelbagai cabaran ketika mula menceburi industri seni lakonan.

“Masa bekerja sebagai bomba, cabaran dia banyak dari segi fizikal. Kalau dapat panggilan kecemasan tu kita kena sentiasa set dalam fikiran situasi yang sangat susah. Masa zaman-zaman bomba dulu kalau penat pun kita penat tenaga je.

“Bila masa baru-baru datang ke Malaysia dan berlakon dalam drama Ariana Rose, dia penat tenaga tu saya okay lagi. Tapi, saya turut penat dari segi mental.

“Ketika itu saya masih baru dan tidak mempunyai tempat tinggal di sini. Saya sewa hotel paling murah satu malam RM80 dan ulang-alik naik bas sebab ketika itu saya masih lagi berkhidmat sebagai bomba.

“So dia mencabar dari segi mental sebab jauh dari keluarga,” katanya.

Bomba Dan Berlakon Mana Yang Lebih Mencabar?

Ditanya berkenaan kerjaya manakah yang lebih sukar dan mencabar, Hisyam mengakui bahawa menjadi pelakon bukanlah satu kerjaya yang mudah.

Namun, dia bersyukur kerana masih bertahan dalam industri ini mencecah 10 tahun.

“Saya rasa jadi pelakon ni lagi susah. Dia banyak cabaran dan dugaan sebagainya sebab melibatkan ramai orang untuk kita berinteraksi.

“Kalau bomba bila kita kerja, kita ada kumpulan kita, pergi jalankan tugas dah selesai tu kita balik.

“Bila berlakon, ni kita banyak dugaan luar sebab orang kenal kita dan banyak benda kita kena jaga. Lagi pun kita tahu shooting ambil masa yang lama so dia lebih mencabar sampai saya tanya pada diri saya apa yang saya buat ni.

“Itulah pengorbanan saya waktu mula-mula masuk Malaysia sebagai pelakon. Tapi since dah 10 tahun dalam industri, saya tak pernah menyesal sebab setiap kerjaya ada ‘pros and cons’ dia,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 30 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 13 Dec 2023

#ThrowbackXTRA: Elizabeth Tan Hargai Momen Indah Sepanjang 1 Dekad Dalam Industri

Untuk menempa nama selama 10 tahun di dalam industri hiburan tanah air, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, kenangan manis yang menjadi pembangkit semangat dalam setiap karier seni penyanyi Elizabeth Tan mendorongnya untuk melangkah lebih […]

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 28 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 13 Mar 2024
error: Content is protected !!