Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 22, 2023 @ 3:35pm

Lepas Buat Kejutan Untuk Isteri, Aeril Zafrel ‘Surprise’ Anak Pula! – “3 Jam Bersama Hayla”

Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi momen dirinya membuat kejutan untuk anak perempuannya, Hayla Maghfirat Adzkiyaa.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aeril menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril telah meluangkan masa dengan anak keduanya itu selama tiga jam diiringi dengan pelbagai kejutan.

Lebih menarik lagi, Aeril turut membawa isterinya, Wawa Zainal dan anak-anaknya menaiki helikopter sempena ulang tahun kelahiran puteri kesayangan mereka, Hayla.

@aerilzafrel83 jam bersama hayla..♬ Buah Hati – Armada

Kagum melihat gelagat pelakon itu membuat isteri dan anaknya gembira, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Jibril Ibtisam atau Muhammad Fahri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 22 Dec 2024

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Teater Muzikal Sudirmania ini pastinya naskhah yang tidak hanya didendangkans ahaja.

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 27 Nov 2024
Hiburan Wed, 16 Oct 2019

Boleh Cakap Melayu Lah…

Good luck, Amelia!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!