Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2023 @ 11:17am

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam kesal dengan tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran berita bahawa sahabat baiknya yang juga pelakon senior, A. Galak telahpun meninggal dunia.

Menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan semakin tidak terkawal, Yusof bagaimanapun memohon agar berita mengenai kematian rakan baiknya itu dihentikan segera.

“Hari-hari dia ada dengan saya. Semua fake news.

“Dah makin kerap berlaku dan saya harap mereka hentikan membuat dosa saja dengan menyebarkan berita palsu kepada orang ramai,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof berharap agar hukuman denda yang setimpal serta tindakan tegas dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa khasnya terhadap mereka yang melaporkan berita palsu ini.

“Semoga ada undang-undang yang tegas daripada pihak berkuasa dan berwajib bagi mereka yang melakukan penyebaran berita palsu ini. Kena ada hukuman denda yang setimpal atau penjara,” jelasnya.

Sebelum ini, A. Galak pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Mei 2019 selepas diserang angin ahmar. Namun, keadaannya kini semakin baik.

Terdahulu, berita kematian A. Galak atau lebih dikenali sebagai Sarjan Misai menerusi drama-drama terbitan Skop Production tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Sedihnya kisah hidup Datuk…kecil-kecil lagi dah kena kerja macam-macam untuk cari rezeki…

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Thu, 26 Mar 2020
Trending Tue, 27 Jan 2026

“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak

Shila Amzah dan suami berusaha membesarkan anak tanpa meletakkan tekanan atau paksaan.

error: Content is protected !!