Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Maya Basir August 27, 2023 @ 1:47pm

[VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Isu Abang Tesla masih hangat diperkatakan mengenai kahwin dua didakwa berpunca daripada soal zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Persoal Tak Hargai Isteri Pertama, Abang Tesla Dedah Punca Kahwin Dua

Menerusi perkongsian di TikTok @buletin.tiktok, Abang Tesla memberitahu di dalam sebuah podcast Nustix.com yang dihoskan oleh penyanyi rap, Caprice bahawa dia berkahwin lagi bukan semata-mata masalah tak boleh dapat anak.

“Bukan sebab anak semata-mata. Orang cakap buat IVF (bayi tabung uji) kalau ada duit, sebenarnya kita sentiasa in progress,” katanya.

Kemudian, Shasha Nadira selaku hos juga bertanyakan soalan jika masih menghadapi masalah (tak boleh beri zuriat) yang sama terhadap isteri yang kedua.

“Tadi you cakap soal anak, macam mana kalau isteri kedua tak dapat bagi anak, ketiga tak ada anak, keempat tak ada anak? Takkan kelima?,” soalnya.

Kemudian, dengan berseloroh Abang Tesla membalas untuk berkahwin lagi.

“Kahwin lah lagi,” balasnya ringkas.

@buletin.tiktok Part 4. Credit : Youtube Caprice Original Film #fyp #bikinpanas #berandatiktok #abangtesla ♬ original sound – buletin.tiktok 📺

Sementara itu, Abang Tesla mengatakan dia tetap akan berusaha dengan isteri pertama untuk mendapatkan zuriat bersama meskipun telah berpoligami.

“Pandangan masing-masing, sebab kita pun nak dia (isteri pertama) ada zuriat yang keluar daripada rahim dia.

“So, saya akan usahakan macam mana sekali pun habis duit banyak pun saya tak kisah janji satu hari nanti saya dengan dia ada anak juga,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Featured Fri, 13 Dec 2024

Selesai Jalani Tempoh Idah, Fazura Anggap Pengakhiran & Permulaan Untuk Segalanya 

Fazura memuat naik foto miliknya dengan memakai pakaian berona putih beserta kapsyen.

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Sat, 2 Dec 2017

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga,Dijual Pada Harga RM5 Juta

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta, Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik […]

Trending Sun, 11 Feb 2018

马桶上玩手机30分钟少年直肠脱垂

中国广州一名少年上厕所时玩手机,一玩就是30分钟,没想到从马桶站起来后,肠子竟然从肛门处跑了出来,后来更是拉出一颗直径16公分的「血排球」,吓得马上叫救护车。

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Trending Mon, 22 Jun 2020
error: Content is protected !!