Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 30, 2023 @ 10:30am

Haqiem Rusli Ubah Suai Lagu Kau Tigakan Cintaku Jadi Dangdut, Peminat Request ‘Full Version’

Penyanyi Haqiem Rusli tampil membuat cover lagu Kau Tigakan Cintaku nyanyian Elkasih dalam versi dangdut sekaligus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Haqiem menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Haqiem turut berkongsi momen ketika dirinya mengubah suai lagu tersebut menjadi versi dangdut yang berjaya menangkap perhatian peminatnya.

“Jika lagu Kau Tigakan Cintaku yang sedang viral tu kita dangdutkan lagu ni. Mula-mula kita masukkan gitar, lepastu bass sangat penting, lepastu saya masuk bunyi piano.

“Nampak macam ballad kan? Tapi bukan, kita tunggu kejap lagi. So, beat dia macam ni. Semua dah siap, jom kita nyanyi,” katanya.

@haqiem_1998 KAU TIGAKAN CINTAKU FT DANGDUT! #kautigakancintaku #haqiemrusli ♬ original sound – Haqiem Rusli

Terpegun dengan versi yang telah diubah suai oleh penyanyi itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meminta Haqiem untuk membuat lagu tersebut dalam versi penuh.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminatnya turut berharap agar pelantun lagu Mimpi itu tampil dengan lebih banyak lagi content seperti perkongsian tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Oct 2024

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Ingat, selalu fikir positif dan doa yang baik-baik untuk semua❤️❤️❤️

Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Kerana Peluk Roberto Carlos Tiz Zaqyah Dikritik

Kerana sekeping gambar yang di upload , lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos terkena tempias!! Artis mana kah yang dimaksudkan itu

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bod*h Lah Macam Ni! Nak Buat Fitnah Pun Agak-Agak Lah”- Kamal Adli Berang, Nafi Gaduh Dengan Uqasha Isu Main Futsal

Kamal Adli berang sekali gus menafikan dakwaan kononnya dia bergaduh dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
error: Content is protected !!