Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2023 @ 5:23pm

[VIDEO] Nad Zainal Pilih Ungku Ismail Sebab Lebih Bijak, Beragama & Ada Ciri Kepimpinan Jadi Ketua Keluarga – “Cari Lelaki Mampu Bawa Ke Jalan Benar”

Pelakon sensasi, Nad Zainal mengakui cinta hatinya, aktor Ungku Ismail mempunyai ciri-ciri idamannya sebagai seorang suami yang bukan sahaja bijak, namun juga mempunyai ilmu agama meluas.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, aktres drama Takdir Yang Tertulis itu mahu seorang suami yang lebih bijak daripada dirinya.

“Satunya saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki kena pandai dalam agama, menjaga solat.. dia kena serba serbi bijak, kalau nak dibandingkan dengan saya yang ‘bijak’ ni, dia kena lagi bijak,” katanya berseloroh.

Nad Zainal

Nad yang kini sedang sarat mengandung berkata dia menghormati Ungku sebagai ketua keluarga selain mempunyai sikap kepimpinan yang baik.

“Untuk jumpa lelaki lagi bijak dari saya susah, untuk saya hormat seserang itu menjadi ketua keluarga susah nak dapat ciri lelaki seperti itu.

“Ramai wanita sekarang ni mengambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga, saya seorang wanita yang tradisional jadi saya suka lelaki yang dominant, ada leadership.

“Dia (Ungku Ismail), ada kualiti-kualiti itu, dia sangat caring, seorang suami dan bapa dan anak yang baik, itu sangat penting,” ujarnya.

Sementara itu, Nad juga sempat memberi nasihat kepada wanita diluar sana untuk mencari calon suami yang mampu mendidik menjadi wanita lebih baik.

“Carilah bakal suami yang mampu menyayangi ibu bapa awak macam dia sayang ibu bapa dia sendiri. Itu juga yang saya jumpa pada Ismail, kualiti tu Alhamdulillah semua ada. Tapi masih terlalu awal, cuma one thing kam sekepala suka makan, berjalan.

“Ya, carilah suami yang bijak yang boleh melentur anda terutamanya kepada wanita yang degil ni cari lelaki yang boleh bawa anda ke jalan yang benar,” tuturnya tersipu malu.

@nadzainal12

Antara sebab yang boleh fall dengan Ungku Ismail🤍🥰 #nadzainal #ungkuismailaziz #ungkuismail #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #masukfyp

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 88,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan 50 komen.

Sekadar info, Nad dan Ungku berkahwin pada 23 Januari lalu di majlis secara tertutup.

Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin pada September 2022 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Pengalaman Hidup Mematangkan, Nad Zainal Tak Mahu Serabut Fikirkan Isu Hilang Kawan – “Apa Yang Jadi, Faham Sendirilah… Saya Bahagia”

Artikel Berkaitan: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Artikel Berkaitan: “Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Artikel Berkaitan: Dedah Turut Disekat Nad Zainal, Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Iqbal – “Diam Je Boleh Tak?!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2025
Featured Wed, 12 Jan 2022

Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemuda yang didakwa mencuri duit surau melalui proses mandi jenazah dan ia dilakukan oleh beberapa jemaah. Video berdurasi 1:26 minit itu mempamerkan seorang lelaki tua yang dipercayai […]

Eat Travel Sun, 24 May 2020
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

MJ假死?被指乔装打扮现身侄儿婚礼

美国流行乐坛天王迈克尔·杰克逊(Michael Jackson – MJ)逝世至今已经有八年之久,但最近仍有粉丝怀疑MJ并没有去世,而且还乔装打扮现身侄儿的婚礼!

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Stop Kecam Dia Okay, Dia Tak Salah’- Isteri Tauke Jambu Minta Maaf Atas Dakwaan Suami Curang

Sedangkan lidah lagi tergigit…apatah lagi pasangan suami isteri. Betul tak? Semoga terus memeluk bahagia Tauke & Yaya!

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Thu, 25 Oct 2018
error: Content is protected !!