Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 30, 2023 @ 11:34am

Dilabel Riyak Gara-Gara Tayang Barangan Kemas, Netizen ‘Sekolahkan’ DSV – “Tak Boleh Bawa Masuk Kubur Pun..”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya dihiasi dengan barangan kemas yang sarat pada bahagian kepala dan tangannya.

Menurut DSV, dia sudah terlalu lama tidak menggayakan barangan kemas yang besar dan berat seeprti yang dipamerkan di dalam video berkenaan.

“Lama tak pakai gini berat lah pula,” katanya.

Riyaknya kamu! Dari tayang emas baik tayang kebaikan

Bagaimanapun, hantaran video tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan DSV itu sebagai riyak dan menunjuk-nunjuk.

“Yang berlebihan tidak baik kerana tidak enak dipandang. Lagipun Allah tak suka sifat riyak.

“Riaknya Allahuakbar. Kita tak boleh bawak masuk kubur pun semua tu.

“Dok sedekah sana sini tapi perangai tak berubah Datuk. Tak malu dengan diri sendiri tapi bagilah contoh yang baik-baik untuk anak-anak.

“Berhias tu jangan lah melampaui batas. Bila mati semua tu akan di tinggalkan,” komen netizen.

Ramai orang kaya buat macam ni sebab…

Namun, ramai juga yang teruja dan tampil mempertahankan tindakan DSV menunjukkan barangan kemas miliknya kepada umum.

“Datuk seri yang atas kepala tu berkenan la pula saya.

“Tu dia Datuk… puasss tengok!

“Pelik lah org yang kecam ni..dia ada kedai emas mesti lah nk promote emas dia. Kalau kamu ada bisnes ikan masin tirulah letak dekat kepala macam tu. ikut suka hati dia lah cara nak promote pun.

“Ramai orang kaya  buat macam ni, supaya mereka tidak disyak melakukan pencucian atau penggelapan wang,” komen netizen.

Terdahulu, DSV pernah terpalit dengan kontroversi sama apabila barangan kemas miliknya dikatakan tidak padu dan kosong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Events Tue, 17 Dec 2019

Air Supply Masih Berbisa, Tinggalkan Momen Manis Buat Peminat Di Malaysia

Air Supply The Lost In Love Experience In Genting Superb!

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Jangan Buat Fitnah, Zain Dan Che Ta Okay Je!

Haaa… dengar tu netizen jangan main tuduh-tuduh tau, tak baik!

Featured Fri, 16 May 2025
Trending Sun, 24 Mar 2019

Tan Sri Vincent Tan Nafi Berjaya Air Punca Kematian Pekerja MAS

Beliau berkata syarikat Berjaya Air akan  memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan pihak berkuasa. 

Hiburan Thu, 6 Feb 2025

[VIDEO] Jay Iswazir Lebih Tenang Lepas Berdamai Dengan Bekas Isteri

Jay Iswazir fokus berdamai, tak fikir soal rujuk dengan Azzahra Ahmad

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
error: Content is protected !!