Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 2, 2023 @ 6:07pm

MK Tak Kesal Tuju Undur Diri Daripada K-Clique, Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan

Penyanyi rap popular, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, tak pernah kesal dengan keputusan ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memutuskan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.

Menurut MK, dia memohon maaf sekiranya ada kesilapan dilakukan olehnya atau anggota K-Clique lain yang membuatkan Tuju tersinggung.

“Sebelum ini saya ada dengar, Tuju kata dia keluar K-Clique, tapi saya sendiri tak pasti di mana. Tapi bagi saya, kami adalah adik beradik, sudah macam keluarga.

“Jadi dia boleh keluar dan boleh masuk kerana hubungan kami dah macam adik beradik. Kalau ada perselisihan pun, kita selesaikan di dalam, maksudnya mungkin saya ada salah dengan dia, saya minta maaf.

“Alang-alang, saya di sini secara terbuka mahu minta maaf kalau saya ada salah silap dengan dia. Saya mewakili K-Clique mahu minta maaf kalau dia ada tersinggung atau ada buat dia terasa hati.

“Sejujurnya dari hati saya, saya minta maaf. Kami K-Clique sejak dulu sampai sekarang adalah keluarga, saya sentiasa akan bawa nama K-Clique. Sebab itu ada nama K-Clique di belakang MK,” katanya kepada XTRA.

Tambah MK, suami kepada Loca B itu telah mereka anggap sebagai ahli keluarga dan sekiranya dia mahu kembali, tangan sentiasa terbuka untuk menyambut semula kehadiran Tuju.

“Kami seperti keluarga, nama semua orang sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu kau balik, tidaklah, tapi macam mana pun kami tetap keluarga.

“Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia.

“Jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah. Kami juga hormat kepada privasi dan pendirian masing-masing,” katanya.

MK yang ditemui di majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam sebentar tadi.

Dalam pada itu, hero drama bersiri I Love You Stupid ini turut mengaku dia merindui kumpulannya.

“Ya saya rindu semua, K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, sejak zaman tiada nama dan sekarang, Alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana,” katanya.

“Insya-Allah kami akan keluar dengan lagu baharu, anda semua rindu K-Clique, saya pun rindu nak ‘perform’ dengan abang-abang saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 4 Jun 2026

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada filem 5 Bomoh menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Tak Sangka Niat Bergurau Buat Isteri Merajuk – Ujang Exist

Ujang Exist turut dipilih menjadi satu-satunya pemain dram di Malaysia memiliki signature stick tertera nama sendiri.

Hiburan Mon, 5 May 2025
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Sun, 3 May 2026

Bahang AJL40 Makin Hangat, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Hidupkan Nostalgia Di The Soundstage

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 semakin terasa apabila konsert khas The Soundstage diumumkan sebagai pemanas pentas menjelang malam kemuncak AJL40.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Makhluk Penggoda Bukti Sajat Boleh Menyanyi?

Bagi Sajat, dengan terbitnya single Makhluk Penggoda ini mampu meletakkan beliau dalam industri muzik tanah air. Dan berharap, agar single pertamanya ini juga mendapat tempat dihati peminat-peminat beliau

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
error: Content is protected !!