Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2023 @ 6:59pm

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Erra Fazira berkongsi pengalamannya menjalani ujibakat filem pertama ketika awal kemunculannya dalam industri seni.

Menerusi video di platfotm TikTok, Erra yang juga dikenali sebagai gelaran Primadona Malaysia ini mengimbau semula momen ujibakat filem Sembilu, dibawah arahan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam. 

Kata Erra, momen ujibakat Sembilu adalah ujibakat yang tidak dapat dilupakan sehingga kini kerana keadaannya yang terlalu gemetar sehingga kertas skrip bergegar. 

“Audition saya yang paling tak dilupakan adalah filem pertama saya, Sembilu. 

“Saya ada cable masa tu Awie, dia bawa saya tapi tak bermakna akan dapat free begitu je saya tetap kena audition. Dia kenalkan, jadi kalau saya tak lulus mungkin saya dapat watak kecik.

Erra Fazira

“Sebenarnya masa audition tu saya diberi bayangkan kita dah la nervous, dia bagi skrip zaman dulu-dulu yang dialog Tuan Hamba.

“Saya pegang skrip menggigil, kertas saya pegang tu bergegar, tapi Alhamdulillah, mungkin tidak sempurna mana.

“Tapi ketika itu pengarah Datuk Yusof Haslam dia tengok mungkin dia kata ada potential. Saya mungkin tidak daripada kata-kata nervous, tapi daripada pergerakan la tangan menggigil,” ujarnya. 

@sinar_my

Siapa yang tak berdebar kan kalau pergi temuduga atau ujibakat? Erra Fazira pun pernah ada pengalaman dulu-dulu! #DuoSINAR #DuoSINARBersamaErraFazira

♬ original sound – SINAR – SINAR

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terimbau filem Sembilu tersebut yang hingga kini masih menjadi fenomena dalam kalangan peminat.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 10,000 tontonan, dan 300 tanda suka. 

Artikel Berkaitan: Video Erra Fazira Menangis Kongsi Perasaan Hilang Hak Penjagaan Anak Kembali Tular – “Seandainya Semua Kesalahan Perlu Jatuh Pada Saya…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Feb 2025
Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Kak Lina Pom Pom dan selamat melayari bahtera perkahwinan!

Trending Tue, 28 Aug 2018

Sekuat Mana Perpaduan Rakyat Malaysia? Video Ini Dapat Membuktikannya!

Kuatkah lagi perpaduan rakyat Malaysia? Video ini dapat membuktikannya!

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Teknologi sekarang makin canggih. Selapas ahli politik, Zul Ariffin pula menjadi mangsa ‘DEEPFAKE”.

Featured Mon, 7 Apr 2025

Badan Kelihatan Makin Berisi, Netizen Spekulasi Marissa Dania Kini Hamil?

Tahniah! Ramai yang cakap dah nampak babybump.

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

Anugerah Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Wow! Gabungan Wany Hasrita Bersama De Fam Antara Yang Bakal Hangatkan ‘Opening’ AJL 37 Malam Ini

Opening pun dah gempak guys! Jangan lupa malam ni 9 malam di TV3 okay

error: Content is protected !!