Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2023 @ 8:09pm

“Saya Tak Pernah Jejakkan Kaki Di Kelab Malam” – Nama Terpalit, Hariz Hamdan Nafi Bercium Dengan Aktres Wanita

Aktor baharu, Hariz Hamdan, 21, menafikan dia merupakan pelakon BBNU yang didakwa bercium di kelab malam bersama seorang pelakon wanita.

Hariz yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Hero Remaja 2020 tidak pernah meluangkan masa di premis hiburan seperti kelab malam.

“Bukan saya. Saya tak pernah menjejakkan kaki di kelab malam, apatah lagi bercium dengan sesiapa pun. Jadi, dakwaan itu tidak benar.

“Namun, saya tak nafikan, ada peminat yang menghantar mesej memaklumkan nama saya turut terpalit apabila gosip ini diperkatakan.

“Semalam, ada juga beberapa orang rakan yang berkongsi mengenai gosip terbabit. Mereka menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya individu yang dimaksudkan. Saya nafikan perkara terbabit sebab memang bukan saya,” kata pelakon drama bersiri Single Terlalu Lama yang pernah ditayangkan di TV3 itu.

Tambah Hariz, sebagai pendatang baharu, dia seboleh mungkin mahu mengekalkan imej untuk bertahan lama dalam industri seni.

“Saya tak menghakimi sesiapa, mungkin cara orang berhibur berbeza. Secara peribadi, saya lebih gemar menghabiskan masa ‘healing’ menaiki motosikal, kadang-kadang saya ada ke konsert juga.

“Sebagai orang baharu mencari rezeki dalam bidang ini, saya harus kekalkan nama baik. Saya tak mahu sebarang tindak tanduk saya boleh memusnahkan karier, seterusnya memberikan impak buruk terhadap perjalanan seni saya.

“Saya juga menjadi duta untuk beberapa jenama seperti Asics, jadi saya seboleh mungkin mahu menjaga penampilan dan imej agar ia tidak memberikan implikasi negatif kepada sesiapa,” kata pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu.

Hariz ditemui di majlis pelancaran Asics Gel-Kayano Legacy di Atmos, Mid Valley Megamall, sebentar tadi.

Kasut Gel-Kayano Legacy mendapat inspirasi daripada reka bentuk Gel-Kayano yang berbeza dan mendapat inspirasi dari peristiwa penting yang mempengaruhi sejarah 30 tahun siri terbabit.

Menampilkan dua jalur warna berbeza yang meraikan ulang tahun ke-30 francais, kasut terbabit boleh didapati di cawangan Atmos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

‘Jika bunga itu sukar dilupakan, hargailah kenangannya’ – Esma Daniel

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

“Pencalonan Kategori Pengarah Terbaik FFM 33 Jadi Pengiktirafan Kerja Keras Semua Pihak” – Sabri Yunus

Sabri Yunus sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman tanah air apabila tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Luah Hasrat Menunggu Jodoh Dalam Single Terbaharu

Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu…

error: Content is protected !!