Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2023 @ 6:46pm

Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

Penyanyi sensasi, Datuk ND Lala tampil merungkai segala spekulasi membelenggu dirinya selama ini iaitu berhubung status perkahwinan bersama Siti Munirah dan tentang kereta didakwa diculik.

Menerusi video di Instagram miliknya, ND Lala mengesahkan telah berkahwin dengan wanita bernama Siti Munirah dan juga telah menceraikan bekas isterinya, Fauziah Sarman pada 2 Ogos dan disahkan oleh mahkamah pada 5 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Seterusnya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah ini juga menjelaskan mengenai isu kereta yang didakwa telah dicuri oleh anaknya, Amir Syafiq pada 20 Disember tahun lalu.

Difahamkan, ada individu daripada Kedah yang menelefon anaknya untuk mengambil bapanya yang dikatakan sakit, namun ND Lala mempersoalkan mengapa yang diambil adalah kereta dan bukan dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Di video terakhir, ND Lala berkata dia memberi nasihat kepada anaknya Amir Syafiq untuk menyerahkan diri agar namanya serta keluarga tidak bertambah keruh selepas laporan polis curi kereta dilakukan.

Dalam video itu juga, ND Lala turut berkongsi penyataan anaknya Amir Syafiq yang memohon maaf atas kesalahan mencuri kereta tersebut.

Dalam masa yang sama, ND Lala juga menafikan dakwaan disihir oleh isterinya, Siti Munirah dan memaklumkan keadaanya pada ketika itu sangat tertekan kerana isu tersebut berlanjutan selama dua bulan.

Di kesempatan itu, ND Lala juga mengakui dia sendiri yang mendekati Siti Munirah, dan meminta restu untuk berkahwin daripada bapa isterinya itu.

“Jangan label Siti Munirah sebagai penyondol tak benar. Dia tak pernah sondol atau mengorat saya, saya yang approach.

“Pada awalnya dia tak nak saya akhirnya saya minta restu daripada ayah Siti Munirah. Saya melamar dia secara sah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Dedah Tiga Foto Isteri Muda ND Lala, Individu Dakwa Siti Munirah Pernah Kikis Duit Bapa Saudara Sampai Bercerai?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Didakwa Curi Kereta Isteri Baharu ND Lala, Fauziah Dedah Bukti! Netizen Komen: “Layan Anak Macam Orang Luar”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar! Dakwa ND Lala Nikah BFF Anak pada 2019 & ‘Penyondol’ Hilangkan Diri Dari Keluarga Sejak 2016?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 7 May 2020

Walaupun berstatus paya, cantiknya luar biasa

Jangan kata ‘tidak’ sebelum anda lihat terlebih dahulu

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!

Trending Fri, 30 Apr 2021
Hiburan Tue, 30 Oct 2018

许冠杰与谭咏麟马来西亚站采用四面台!演唱会门票1108开卖

香港殿堂级歌手许冠杰与谭咏麟吉隆坡演唱会,门票将在11月8日,上午11时起, 全面公开发售!

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Alahai…comel je tengok pasangan ni kan? Sama kecil, sama padan…

Trending Mon, 1 Oct 2018

Proses Gali Semula Kubur CEO Cradle Fund Rabu Ini

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.