Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 8, 2018 @ 4:59am

Tiada Niat Perli ‘Penunggang’ Agama

Demam drama rantaian popular Nur yang kini ditayangkan di TV3 ternyata mendapat maklum balas luar biasa dengan jumlah sembilan juta penonton. Wow!

Dengan barisan pelakon hebat antaranya Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Nurkhiriah dan Azhan Rani, tak hairanlah drama ini menjadi bualan ramai.

Mengangkat tema dan kekeluargaan, drama Nur turut ‘mengusik’ reality sebenar mengenai masyarakat hari ini.

Bagi pengarah Shahrulezad Mohameddin, beliau berharap drama ini serba sedikit dapat menyuntik nilai terbaik untuk masyarakat.

“ Bukan niat memerli, saya ikhlas membuka mata penonton. Terdapat segelintir masyarakat yang sanggup ‘menunggang’ agama demi kepentingan sendiri.

“ Watak Ustaz Hamadi mungkin boleh membuka mata masyarakat agar tidak menggunakan agama untuk kepentingan diri.

” Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka untuk menegakkan agama.

“ Cuma kebaikan mereka ‘samar’ dek kemunculan manusia seperti Ustaz Hamadi,” katanya.

Dalam masa sama, Shahrulezad bersyukur drama Nur mendapat reaksi memuaskan daripada penonton.
“Alhamdulillah, Syukur kerana Nur mengubah persepsi segelintir orang ramai yang anggap kebanyakan drama masa kini kurang berkualiti,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Oct 2024
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

JONGHYUN’S ALBUM “POET | ARTIST” MAKES IT INTO BILLBOARD TOP 200!

SHINee’s Kim Jonghyun has made his Billboard 200 debut with his posthumous album Poet | Artist!

Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Wed, 31 Jul 2024
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Thu, 26 Mar 2026
error: Content is protected !!