Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 14, 2023 @ 1:22pm

Tunggu Masa Sesuai Untuk Kahwin, Adam Shahz Enggan Dedah Identiti Kekasih – “Hubungan Kami Berjalan Lancar”

Pelakon Adam Shahz memaklumkan sudah hampir setahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya dan akan mendirikan rumah tangga bersama.

Memetik laporan mStar, Adam menjelaskan dia kini menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin kerana ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

Walaupun begitu, tarikh hari bahagia mereka masih belum ditetapkan.

“Hubungan kami berjalan lancar seperti biasa namun belum ada kata putus untuk berkahwin dalam masa terdekat. Masih banyak urusan yang perlu didahulukan sebelum kami ke arah itu (perkahwinan).

“Merancang untuk berkahwin mestilah ada, namun tarikhnya belum tahu lagi,” ujarnya kepada wartawan mStar.

Kata Adam, dia telah mempunyai teman wanita selepas empat tahun menduda.

Walaubagaimanapun, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu.

“Dia bukan dalam kalangan orang industri. Kami sudah kenal lebih setahun. Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita lain selepas bercerai tetapi dia seorang sahaja yang ada hubungan serius.

“Sebagai manusia biasa memanglah ada keinginan untuk berkahwin. Semoga keinginan saya itu diizinkan Allah,” katanya.

Untuk rekod, Adam pernah berkahwin dengan Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada Mei 2017.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Panas! Fasha Sandha Tayang Peha Putih Gebu Buat Netizen Naik Gila

Tindakannya itu sekaligus mengundang kecaman daripada netizen yang menganggap tariannya itu terlampau seksi dan terlalu mengghairahkan apatah lagi kita semakin dekat untuk menyambut bulan ramadan

Featured Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Hiburan Mon, 14 Oct 2024
Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Intan Najuwa Buat ‘Gender Reveal’!

Wahhhh, congrats Intan & husband! Tak sabar nak tengok babyyy! Happy Anniversary 🥰😘

Trending Mon, 29 Apr 2019

Di Mana ‘Salvator Mundi’? Misteri Kehilangan Potret Lukisan Paling Mahal Di Dunia

Di mana dan siapa sebenarnya pemilik potret lukisan termahal di dunia bernilai 450 juta?

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
error: Content is protected !!