Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida June 9, 2018 @ 3:37am

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

“ Tengok betul betul benda kat tangan Aishah ni, kau sihirkan keluarga aku kan. Guna benda ni kan?,” 

Itu antara adegan menerusi drama rantaian Nur yang menaikkan populariti Sup Bunjut di media sosial sejak semalam.

Sana sini orang memperkatakan tentang kantung yang disangkakan bahan untuk menyihir keluarga Aishah, rupanya-rupanya Sup Bunjut!

Dengan kuasa netizen di media sosial, akhirnya sup bunjut kini menjadi talk of the town.

Mengambil kesempatan yang ada, Adabi Consumer turut memuat naik sebuah gambar di laman sosial mereka dengan status, “ Admin mewakili Adabi Consumer Industries Sdn Bhd memberi jaminan produk sup bunjut kami adalah bebas sihir #supbunjutadabi.

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama yang mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa dari penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan.

Masih berbaki tiga episod, Nur bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kalau Nak Hukum, Teruskan” – Ismail Izzani Mengaku Bersalah

Sabarlah Mail.. tiada manusia yang lari dari melakukan kesilapan

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Jarang Bagi Orang Lain ‘Sentuh’ Wajah, Aishah Azman Kongsi Tips Cantik

Aishah Azman mengaku sangat mementingkan penampilan tetapi tidaklah sampai tahap menyusahkan.

Featured Fri, 28 Jul 2023
Fab Foodies! Tue, 7 May 2019
error: Content is protected !!