Hiburan By: Khairil Khusyairi September 19, 2023 @ 2:30pm

Air Mata Liza Aziz Tumpah Kenang Memori Bersama Sudirman, Kongsi Cerita Di Konsert Chow Kit Road! – “Arwah Sangat Genius”

Penyanyi legenda Liza Aziz gagal menahan air matanya apabila mengenangkan momen-momen bersama penghibur no 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Menjadi antara individu paling akrab dengan Sudirman semasa hayatnya, Liza menyifatkan kenangan persembahan Allahyarham di Konsert Gergasi di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 14 April 1986 sebagai antara memori paling indah dalam hidupnya.

“Konsert di Chow Kit adalah yang paling hebat. Ketika itu, Allahyarham sudah bersedia tetapi pentas belum siap. Kami tertanya ‘macam mana? pentas belum siap’ sedangkan persembahan akan bermula. Dengan secepat kilat, pentas akhirnya dinaikkan.

“Arwah sangat genius. Ketika itu dia menjadi duta pelancongan. Dia mempunyai visi untuk buat konsert berskala besar dan percuma, tapi persoalannya di mana? Chow Kit katanya.

“Selalunya dia akan buat persembahan secara eksklusif, bila terdetik untuk buat konsert itu, kami juga tertanya-tanya, di Chow Kit dengan keadaan trafik yang sesak, ramai orang.

“Ia memang betul-betul di Jalan Chow Kit, orang membanjiri hingga ke Dataran Merdeka. Tiada skrin gergasi dipacakkan. Penonton yang jauh dari pentas, hanya dengar suara arwah menyanyi saja.

“Lebih kurang 15 hingga 20 lagu juga arwah nyanyikan dalam konsert tersebut,” kongsinya yang mula bekerja dengan arwah Sudirman pada 1984 sebagai penyanyi latarnya.

Pelantun lagu Tak Rela ini ditemui pada Konsert A Tribute To Sudirman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang turut menampilkan penyanyi Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert A Tribute To Sudirman Penuh Nostalgia, Imbau Karya Agung Legenda Muzik Tanah Air

Anak kepada kepada pasangan Allahyarham seniman Aziz Jaafar dan seniwati Normadiah ini turut menceritakan saat-saat akhir beliau bersama Sudirman sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

“Saya rasa bertuah dapat bekerjasama dengan arwah, dia sangat berbakat. Dia banyak tunjuk ajar pada kami semua malah tidak lokek dalam memberi idea.

“Dia juga seorang yang merendah diri, saya berasa ralat apabila tidak dapat berjumpa dengan dia. Saya adalah orang terakhir yang menghubungi Allahyarham ketika beliau benar-benar sakit.

“Saya sendiri tidak mengenali suaranya. Tidak macam Sudirman langsung. Beliau berkata, itu akan jadi saat terakhir saya bercakap dengan dia sebab dia benar-benar sedang sakit.

“Selepas dua hari, dia dimasukkan ke hospital. Saya tidak dapat jumpa dia waktu dia menghembuskan nafas terakhir kerana ada show di Brunei. Itu yang membuatkan saya benar-benar ralat,” kongsinya sambil mengesat air mata.

Kongsi adik kepada penyanyi Azlina Aziz ini lagi, banyak momen-momen manis yang diciptanya bersama bintang legenda itu seperti baju bendera yang disarungkan Sudirman adalah hasil tangganya.

“Selama saya bekerja dengan dia, dia mahu hasilkan album dan mahu buka syarikat rakaman sendiri. Dia juga ada beritahu mahu buat album kepada Uji Rashid dan juga kepada saya tapi apakan daya tidak kesampaian.

“Kemudian Baju Bendera Allahyarham yang ada labuci-labuci itu, sayalah yang jahitkan. Saya dengan arwah ibu saya, bergilir-gilir jahitkan buat Sudirman. Dia bangga dapat buat persembahan dengan baju tersebut.

“Setiap kali kami adakan persembahan ‘private’, Abang Sudir (panggilan untuk arwah) akan menjemput saya untuk berduet. Bila persembahan selesai, selalunya lelaki akan mendukung wanita tetapi sebaliknya saya pula mendukung dia. Bayangkan…walaupun dia bertubuh kecil tapi berat juga ya.

“Itulah pengalaman yang saya tak dapat lupakan bersama Arwah. Saya rasa berbangga berada di pentas DFP untuk menjayakan konsert tribute untuk beliau,” kongsinya gembira.

Sudirman mula mencipta nama selepas dinobatkan juara Bintang RTM 1976 sehingga diberikan jolokan sebagai Penyanyi Peguam, Penyanyi Rakyat dan Elvis Malaysia.

Beliau juga turut dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards pada tahun 1989.

Allahyarham Sudirman menghembuskan nafas terakhir di rumah kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Featured Tue, 1 Nov 2022

“Dah Salam Maknanya Jadilah…” – Aaron Aziz Berjaya Miliki Kereta Mewah McLaren 720s?

Perkongsian pelakon popular Datuk Aaron Aziz yang memuat naik video sebuah kereta mewah McLaren di laman TikTok menjadi bualan warganet. @therealaaronaziz Dah Salam maknanya jadi la cita cita saya. Jgn jealous k. Tak main lah […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

黄明志《4896 Final Call》吉隆坡站演唱会取消!

因合作无法达成共识,星艺娱乐宣告《黄明志<4896–Final Call>世界巡回演唱会》吉隆坡站取消!

Hiburan Tue, 12 Mar 2019
Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Dua Lagenda Metal Bakal Berkongsi Pentas

Konsert Metal Legends ini dibawa khas oleh JMP Production dan LIFESCAPE dengan sokongan pihak pengurusan MAEPS Serdang

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.