Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 10, 2018 @ 5:42am

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Pemergian yang dicemburui… tiada apa yang lebih membahagiakan apabila insan bertuah ini dipanggil menghadap Illahi di bulan Ramadan. Namun apa yg lebih istimewa, lelaki ini dijemput betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Madinah. Maha Suci Allah.

Difahamkan arwah meninggal betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.

Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar biasa kerana ianya jarang-jarang terjadi.

Apa kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.

Menurut info yang diberikan oleh seorang Ustaz iaitu Ustaz Jamal dari Hulu Langat, yang berada di Tanah Suci berkata, dikatakan arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum kematiannya berlaku. Sempat minum satu gelas air masak dan selepas itu Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas dari arwah.

Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburui.

Habis minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi, solat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula.

Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.

Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.

Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, Sedang Berpuasa, Safar Umrah, Malam Jumaat dan Bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.

Ini bersesuaian dengan hadis, sesiapa yang boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :

Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 May 2026

“Cakap Yang Penting, Bukan Yang Penting Cakap” – Saiful Apek

Kata Apek, tidak semua perkara perlu diperkatakan sekiranya ia tidak membawa sebarang manfaat apatah lagi bertujuan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.

Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga Wajar Dicontohi Para Suami? Tuan Badan Respons – “Kembali Kepada Agama Saja”

Usaha Farid Kamil nak selamatkan rumah tangga dengan Diana Danielle memang patut dipuji kan 🫡

Featured Wed, 3 Jun 2026

Penampilan Terkini Nora Ariffin Dipuji Lawa Persis Anak Dara – “Contoh Artis Yang Buat Bariatrik Tapi Kekal Cantik”

Datuk Nora mencuri perhatian apabila penampilannya dipuji lawa persis anak dara.

Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

error: Content is protected !!