Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 21, 2023 @ 12:20pm

Sakan Layan Peminat Ketika Live Bersama Andi Arsyil, Ini Respons Spontan Puteri Sarah Bila Ditanya Mana Suami

Kelihatan lebih bahagia sejak kembali solo, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak lari dari diasak dengan soalan berkaitan dengan jodoh.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok gelagat Sarah yang sakan melayan peminatnya ketika membuat live bersama  pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman.

Lebih mencuri perhatian, Sarah tampil memberikan respons spontan selepas salah seorang peminatnya bertanya di di mana keberadaan suaminya kini.

Terkejut apabila disoal sedemikian, pelakon yang membintangi drama Suri Hati itu terus tunjuk ke arah Andi yang berada di sisinya.

“Apa? mana suami?,” katanya.

@wanitamatahari Sweet malam ni yeee 😍🩷 #puterisarah #puterisarahliyana #andiarsyil #foryou #fyp #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾 ♬ original sound – Milah Matahari

Terdahulu, Sarah mengakui dirinya tidak terfikir tentang jodoh dalam masa terdekat kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya dan anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, bekas isteri pengarah, Syamsul Yusof itu juga menyatakan Andi merupakan rakan kongsinya dan hanya bertemu atas urusan kerja.

“Secara kebetulan, Andi adalah pengeluar, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan.

“Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur, bulan hadapan kerana kami merancang untuk membuka kilang bagi bagi menjimatkan kos untuk diedarkan ke Singapura.

“Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

Mahu Fokus Anak, Linda Hashim Belum Terfikir Nak Aktif Berlakon Semula

Linda melakukan aktiviti seperti bertungku, tangas, berurut dan mandi rempah setiap hari. Patut cun kan?

error: Content is protected !!