Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 21, 2023 @ 5:59pm

Trauma Tengok Video Tular Keterlaluan, Neelofa Akui Bimbang Keadaan Bilal Di Sekolah – “Perkara Ni Patut Jadi Benda Normal”

Pengacara dan usahawan, Neelofa akui bimbang dengan keadaan anak sulungnya, Muhammad Bilal di sekolah berhubung tidak dapat mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia hanya mahukan anak-anak selamat kerana trauma melihat video-video tular yang keterlaluan.

“Setahu saya perkara itu cetus perdebatan. Ada yang suka dan ada yang tak. Apa yang saya share itu hanyalah perkongsian daripada seorang ibu yang sama macam ibu-ibu di luar sana.

“Walaupun saya dalam industri seni atau tidak, sebagai artis atau selebriti, tapi when it comes to parenthood, saya juga seperti ibu lain. Saya mahu anak kita selamat dan terjaga.

“Sejak akhir-akhir ini kita sangat trauma melihat banyak video-video tular yang keterlaluan. Saya tak boleh tengok. Baca kapsyen saja sebab tak sanggup nak tengok. Minta jauh daripada kita semua,” katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran Disney X Naelofar, di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Neelofa berpendapat akses terhadap CCTV di sebuah premis memberi kelebihan kepada pengurusan jika dibenarkan.

“Apa yang saya nampak, walaupun ada positif dan tak terima, saya rasa ini satu ‘selling point’ unik untuk pihak taska.

“Maksudnya, mereka tawarkan aspek ini sebagai sebahagian pakej mereka. Bukan nak cakap pasal sebab ada duit boleh akses CCTV. Patut perkara ini jadi benda yang normal.

“Perlu ada tapi berserta terma dan syarat. Contohnya kalau dapat akses, ibu bapa tak boleh sesuka hati minta itu ini. Tetapkan syarat-syarat dan garis panduan untuk bersuara,” jelasnya.

Terdahulu, Neelofa meluahkan rasa kecewa ibu bapa tidak dapat mengakses CCTV di sekolah memandangkan Bilal mula memasuki prasekolah tetapi tidak dibenarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Wed, 13 Nov 2024

Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Jika wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Featured Thu, 26 Jan 2023
error: Content is protected !!