Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2023 @ 1:00pm

Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

Kelibat pelakon Puteri Sarah Liyana dan aktor popular Indonesia, Andi Arsyil sekali lagi mencuri perhatian selepas jejaka itu kelihatan hadir bagi memberi sokongan kepada rakan perniagaannya itu.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Andi Arsyil Putra Andi Rahman Mappangaja, 36, kelihatan memakai baju panas berpenutup kepala berwarna biru gelap tampil menyaksikan program sitkom komedi popular itu di mana Puteri Sarah merupakan artis jemputan pada episod tersebut.

“Sweet je Andi teman Sarah malam ni. Harap-harap berjodoh, insyaa-Allah,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Teruja melihat gelagat aktor tersebut ketika di rakam jurukamera, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang mendoakan agar kedua-dua pasangan ini berjodoh.

“Time cakap pasal Syamsul je terus ketat muka dia, cameraman pun zoom sampai dua kali.

“Dia nampak cameraman kan, pastu terus malu kalih muka belah lain.

“Anyway, Sarah moga happy hingga ke jannah.

“Sebak dan gembira rasa tengok Puteri Sarah dengan Andi Arsyil. Moga mereka berjodoh.

“Ya Allah sweetnya! Andi pun nampak jenis yang penyayang dan lembut orangnya. Sweet!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 39,000 tanda suka beserta komen dari netizen.

Terdahulu, gosip ‘cinta’ antara kedua-dua pelakon ini mula tular selepas Sarah dilihat memuat naik foto tangan seorang lelaki yang sedang memegang telefon menerusi hantaran di Instagram Storynya.

Bahkan, ketika sesi live di TikTok baru-baru ini, Sarah sempat berseloroh apabila memberikan reaksi spontan selepas salah seorang peminatnya bertanya di manakah keberadaan suaminya kini sebelum menuding jari ke arah Andi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

ARTIKEL BERKAITAN:Sakan Layan Peminat Ketika Live Bersama Andi Arsyil, Ini Respons Spontan Puteri Sarah Bila Ditanya Mana Suami

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Tidak Percaya Iqram Dinzly Begitu!

Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu?

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Sun, 7 Aug 2022

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), […]

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

46 Hari Di Set Pujaan Hati Kanda, Ayden Mikael Tak Pernah Menangis?

Kata ibunya, Puan Anna Abdullah, punyalah susah untuk buat Mika menangis sampai mereka terpaksa buat sesuatu…

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

After What Had Happened In South Korea, Ailee Plans To Mark Her Name In The States

Not only she’s planning on marking her name in the States, she reassures fans with nation-wide tour!

Featured Tue, 21 Apr 2020
error: Content is protected !!