Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 26, 2023 @ 6:30pm

Tracie Sinidol ‘Stress’ Bawa Watak Nuha Dalam Luruhnya Bunga Cinta – “Slang Sabah Saya Sangat Pekat”

Pelakon dan model Tracie Sinidol mengakui stress apabila menjayakan watak Nuha dalam drama Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta, TV3.

Kata Tracie, dia juga buntu apabila lakonannya tidak mendapat kepuasan di hati pengarah namun gadis asal Keningau, Sabah ini tetap membuat penambahbaikan dalam lakonan.

“Saya sangat-sangat stress sebenarnya, kadang-kadang saya bila datang set penggambaran, pengarah tak mahu apa yang yang saya buat, dia cakap ‘saya bukan dalam karakter Nuha, saya masih karakter Tracie’.

“Saya stress, apa lagi yang kurang, karakter Nuha itu macam mana? Saya juga dah tonton drama asal, tapi pengarah masih tak berpuas hati.

“Balik sahaja rumah, saya buat penambahbaikan, belajar buat ekspresi muka, dialog, tanya pengarah sendiri. Kemudian baru saya dapat karakter yang pengarah mahukan,” ujarnya ketika ditemui XTRA.

Tracie Sinidol

Tracie bergandingan dengan Redza Rosli dalam Luruhnya Bunga Cinta

Membawa watak yang sarat dengan emosi, Tracie akui bukan mudah baginya untuk menjiwai karakter tersebut namun tidak mudah mengalah demi menghiburkan penonton.

“Kalau ada babak yang perlu saya menangis, awal-awal saya datang set saya akan ‘mellow’. Sebab saya nak ambil mood.

“Sebab karakter Nuha ini agak mencabar, ia sangat emotional, banyak babak menangis dan terluka. Jadi saya perlu dapatkan emosi itu.

“Give up itu tak ada sangat tapi ‘breakdown’ itu semestinya ada lah, sebab bila saya dah set untuk shoot beberapa episod, apa yang saya sudah start, saya perlu finish.

“Itu mind set saya. No give up for me,” katanya optimis.

Disoal apakah tidak sukar baginya untuk bertutur dengan loghat bahasa semenanjung, Tracie mengangguk mengiyakan perkara tersebut.

“A bit hard for me! Ketika saya datang set pada hari pertama, slang Sabah saya sangat pekat. Saya cakap pada diri ‘tak boleh’ macam ni. Perlu kurangkan slang itu.

“Saya juga kurang kawan, tapi bila datang set saya cakap dengan semua kru-kru yang ada. Jadi setiap hari saya akan cakap semenanjung, lama-lama ia bertambah baik juga dalam lakonan.

“Pelakon lain juga nampak perubahan itu, mereka cakap teruskan belajar. Saya juga baru berpindah ke semenanjung selama 1 tahun, tapi masih belajar lebih kurang 5 bulan,” ujarnya.

Drama Luruhnya Bunga Cinta sudah mula bersiaran di slot Alasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam adalah adaptasi daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart.

Drama bersiri 20 episod itu turut dibintangi oleh Redza Rosli yang menjayakan watak Nuh, Tracie Sinidol (Nuha), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Anwar) dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli ‘Anak Emas’ TV3? – “Terpulanglah…Saya Tak Kisah Pun”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Berkongsi Apa-Apa” – Nabila Razali Jawab Isu Bertunang Dengan Usahawan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia Adalah Yang Terakhir?

Yang pegi konsert Dewa tu jangan lokek share video kat instagram korang okay!

Featured Sat, 1 Mar 2025

Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Lama mendiamkam diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian.

Featured Fri, 2 Apr 2021

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki. Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu. “Assalamualaikum, anak […]

Featured Fri, 23 May 2025

“Tanggungjawab Dah Terpikul Di Bahu Saya”- Jadi Bapa Muda, Imran Aqil Lebih Hargai Isteri

Imran berkongsi jadi ‘bapa muda’ pada masa kini agak sukar.

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Mira Filzah Mengaku Jumpa Bekas Kekasih Zizan Razak?

Walaupun sudah tidak berpasangan lagi tetapi ikatan persahabatan masih lagi kuat antara Mira Filzah dan Zizan

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

Hiburan Wed, 10 May 2023
error: Content is protected !!