Trending By: Fatin Nurain September 27, 2023 @ 2:29pm

Digelar Jutawan Humble… Tidak Bermegah-Megah Dengan Barangan Mewah, Ini Respons Khairul Aming – “Saya Nak Tidur Dengan Tenang”

Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming menerima pujian dalam kalangan peminatnya dek kerana sikapnya sentiasa merendah diri dan tidak bermegah-megah dengan kekayaannya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Khairul telah terpanggil untuk menjawab salah satu pertanyaan peminatnya tentang cara dirinya mengawal nafsu untuk membeli barangan mewah biarpun mampu.

Menurut Khairul, dia tetap berpegang pada prinsip hidupnya untuk kekal bersederhana kerana pernah hidup dalam fasa yang serba cukup dengan pendapatan yang pernah dimilikinya.

Namun, dia memilih untuk hidup lebih tenang tanpa memikirkan sebarang beban komitmen baharu biarpun dia tahu kini dirinya mampu.

“Konsep dia macam ni, ini saya punya pendirian. Lain orang lain. Saya jenis macam ni, kalau kita dah biasa hidup cukup-cukup maksudnya duit yang ada cukup untuk bayar bill, kereta, kos hidup apa semua kita kalau boleh nak pendapatan yang lebih besar supaya kita boleh tidur dengan tenang.

“Faham kan? Tapi masalahnya ialah bila pendapatan kita dah besar, kita tambah lagi perbelanjaan yang besar kita akan go back to the always.

“Kita akan balik ke tempat yang sama di mana kita masih tak boleh tidur dengan tenang juga sebab duit takkan pernah cukup.

“Jadi sebab kenapa saya tak upgrade ialah dengan income yang sekarang, kalau saya maintain cara hidup saya sekarang saya boleh tidur dengan tenang sebab dah ada safety net simpanan duit yang selesa untuk hidup dengan tenang,” katanya.

Mengakui dirinya kerap diajukan persoalan yang sama, namun usahawan Sambal Nyet ini tetap tekad untuk mengutamakan cara hidup yang tenang dan tidak dibelenggu masalah hutang dan komitmen.

Tambah Khairul, kini fokus utamanya adalah untuk menjaga kestabilan perniagaan, pendapatan dan kesejahteraan pekerjanya.

“Kalau saya ada income RM1 juta, saya pergi beli Lamborghini katalah kos keseluruhannya RM700,000. Bulan-bulan kena bayar puluhan ribu, nak tidur nanti tak tenang juga sebab RM1 juta tu tak cukup nak cover kereta yang saya baru beli tu.

“Sebab tu bila orang kata kenapa tak upgrade itu ini, jawapan saya senang, saya nak tidur tenang, itu sahaja. Saya dah enam tahun tak cukup tidur sebab berhempas pulas buat benda ni.

“Jadi sekarang saya nak tidur tenang, itu sahaja. Tapi, nak kata tidur tenang sangat pun tak juga sebab saya dah ada tanggungjawab baru ni kena fikir yang baru pula.

“Nak jaga business, nak jaga income, nak jaga pekerja sebab tu saya tak boleh nak duduk diam.

@syaz_aa #khairulaming #khairul@khairulaming #tiktokmalaysian #fyplaa #khairulaminghumble #sambalnyet ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

Trending Thu, 11 Nov 2021

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

Bapa kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Tertuduh, Harizal Hashim, 49, yang merupakan […]

Featured Sat, 18 Sep 2021