Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2023 @ 3:43pm

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Setelah berjaya merangkul tempat ke-4 dalam program realiti antarabangsa ‘Sing! China 2023’ di Shanghai, nama penyanyi BBNU Vanessa Reynauld, 23, semakin hangat menjadi buah mulut ramai.

Kini, Vanessa tampil dengan single terbarunya yang berjudul IGAU, hasil sentuhan penyanyi dan pengubah lagu terkenal, Naqiu.

Vanessa yang pernah melancarkan lagu duet bersama Naqiu berjudul Rindu Separuh Nyawa meluahkan rasa teruja apabila menerima sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh bintang yang amat berbakat itu.

“Saya sangat teruja melancarkan single ini apabila dapat tahu lagu ini diciptakan khas untuk saya.

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Naqiu, kami berduet menerusi lagu Rindu Separuh Nyawa yang dijadikan sebagai runut bunyi rasmi untuk drama tempatan.

“Semenjak itu, Naqiu merasakan saya mampu menyampaikan lagu yang ‘power vocal’ dan menonjolkan lagi kebolehan vokal saya sehinggalah dia membuat keputusan untuk ciptakan lagu IGAU.

“Saya amat menyukai karya IGAU ini kerana Naqiu benar-benar menstrukturkan lagu ini mengikut kesesuaian suara saya,” katanya.

Menurut Vanessa, lagu IGAU mengetengahkan konsep genre balada rock serta mengakui terdapat cabaran dari segi vokal ketika merakam lagu ini.

“Saya sangat teruja dengan konsep kali ini, kerana ia menekankan elemen lagu cinta dan jiwang.

“Lagu ini mempunyai cabaran dalam menyampaikan vokal kerana ia mempunyai perbezaan berbanding lagunya sebelum ini,” ujarnya lagi.

IGAU mengisahkan tentang seorang wanita yang mendambakan seseorang kekasih atau pasangan yang mampu memberikan kasih sayang dan kebahagian buat selamanya.

Selain cabaran dari segi vokal, Vanessa mendedahkan dia juga menghadapi kesulitan ketika menghayati lagu IGAU gara-gara tidak pernah bercinta.

“Bagi yang masih bujang atau belum pernah bercinta, lagu ini sesuai untuk mereka kerana ia mengisahkan tentang seseorang yang memimpikan kekasih yang boleh dijadikan pasangan hidup yang melengkapi antara satu sama yang lain.

“Saya sendiri sebelum ini pun tidak pernah mempunyai pasangan bercinta dan Naqiu pun tahu perkara ini,” katanya.

Lagu IGAU boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 May 2019

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Terbaiklah Alif & kumpulan Raihan, syukur Alhamdulillah!

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

5 VIDEO KELAKAR ABAD INI

Kalau di Malaysia korang selalu layan video-video viral pasal artis yang selalu berbalas tweet mahupun retweet, kali ini kami di xtra akan tampilkan beberapa video dari beberapa buah negara yang boleh dikatakan viral jugak lah.  Walaupun usia video tersebut sudah beberapa tahun di muat naik dilaman youtube tetapi masih lagi mendapat sambutan.

Featured Thu, 17 Mar 2022
Featured Wed, 5 Sep 2018

Cantiknya Sara Iftekhar, Memang Layak Dipilih Sebagai Peserta Ratu England

Sara Iftekhar harap untuk menjadi Muslim pertama yang memenangi pertandingan Ratu England.

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

Hiburan Sat, 30 Mar 2024
Trending Sun, 29 Nov 2020
Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

NEELOFA DIKATA EKSPLOITASI HAIWAN TERANCAM?

Sebelum ini, aksi pelakon dan pengacara Noor Neelofa bersama dolphin ketika berada di Dubai itu telah mencuri perhatian ramai.Dikala bergembira dengan haiwan mamalia itu, Neelofa telah menerima teguran yang dikatakan dirinya mengeksploitasi haiwan terancam tersebut.  […]