Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 27, 2023 @ 6:54pm

Terpaksa Jual 3 Buah Kereta Demi Rawatan Kanser Limfoma, Ibnor Riza Gagahkan Diri Bekerja

Penyanyi Ibnor Riza terpaksa menjual tiga kereta idamannya bagi membiayai kos rawatan kanser limfoma yang dihidapinya.

Memetik laporan Harian Metro, wang simpanan yang dianggarkan sebanyak RM80,000 telah habis digunakan untuk merawat penyakit tersebut.

“Saya tiada aset melainkan memiliki empat kereta sebelum ini. Saya nampak itu saja cara untuk mendapatkan duit dengan segera.

“Sejak tahun lalu saya tidak boleh lagi keluar mencari rezeki. Jadi saya terpaksa gunakan segala duit simpanan yang ada termasuk menjual tiga kereta bagi menampung kos perubatan dan kelangsungan hidup.

“Namun, duit jualan kereta taklah banyak mana. Jadi, saya perlu cari lagi duit untuk kos rawatan kimoterapi di pusat perubatan swasta yang masih berbaki RM12,000,” katanya.

Menurut Ibnor, keadaan kesihatannya beransur pulih selepas menjalani beberapa rawatan kimoterapi dan membolehkan untuk keluar mencari rezeki.

“Salah satu faktor sumber pendapatan saya terjejas sejak tahun lalu kerana saya menghadapi masalah suara. Alhamdulillah saya kini sudah boleh kembali menyanyi. Sudah ada beberapa tawaran yang diterima.

“Saya sebolehnya tak nak minta simpati mana-mana pihak. Selagi boleh bekerja saya cuba gagahkan diri walaupun keadaan saya sekarang masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya tidak pernah buat kerja lain selain menyanyi. Saya suka hiburkan orang tapi apabila keadaan sekarang tidak mengizinkan saya harap penganjur faham dan masih nak membantu saya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu melakukan dua sesi rawatan kimoterapi daripada lima pusingan kerana membabitkan kos sebanyak RM32,000.

Sementara itu, dia memberitahu masih belum menerima sebarang maklum balas selepas memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat zakat.

“Insya-Allah mungkin dalam proses. Saya pun tak nak terlalu berharap, kalau boleh bekerja saya nak gagahkan diri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bengkak Dileher, Ibnor Riza Disahkan Hidap Kanser Limfoma – “Jantung Saya Akan Berhenti Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Featured Fri, 21 Feb 2025
Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang Sejak Tahun Lalu, Isteri Reda Bermadu?

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang, Isteri Reda Bermadu

Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

error: Content is protected !!