Euforia Bola 2026
#LaguXTRA By: Maya Basir October 5, 2023 @ 7:04pm

#LaguXTRA: ‘Tangkap’ Emosi Dengar Lagu Berkaitan Ibu Bapa, Sharif Zero Kongsi Lagu Favorite Masa Pergi Sekolah Naik Lori!

Segmen Lagu XTRA minggu ini membawakan pelawak Sharif Zero untuk berkongsi tentang lagu kegemarannya.

Menurut Sharif, dia gemar mendengar lagu dari daerah Papua, Indonesia iaitu lagu yang sedang tular di TikTok yang berjudul Tania (Asu Lama Suka Dia).

“Untuk masa sekarang ni saya suka dengar lagu Indonesia iaitu dari daerah Papua contohnya lagu Asu Lama Suka Dia sebab arrangement lagu tu sedap didengar dan pelbagai. Selain itu, melodi dia tak cliché dan tak selalu kita dengar,” ujarnya.

Bagi lagu kegemaran sepanjang zaman, dia memberitahu membesar dengan lagu-lagu daripada penyanyi Datuk Hattan, Iklim, Zamani dan Awie.

“Kalau lagu all time favorite of course lagu-lagu lama daripada Datuk Hattan, Iklim, Zamani, Awie tu memang lagu kegemaran sepanjang zaman.

“Antara lagunya adalah Nur Nilam Sari, Gerhana, Juwita dan banyak lagi. Saya suka dengar lagu mereka sebab sampai sekarang kalau pergi karaoke mesti jadi pilihan yang pertama.

“Bukan nak kata lagu sekarang ni tak power, cuma saya membesar dengan lagu-lagu lama. Hari-hari dengar pergi sekolah naik lori pun dorang pasang lagu tu, persekitaran saya selalu putarkan lagu tu,” jelasnya.

Disoal jika lagu ada memberi kesan kepada emosi pendengar, pelawak kelahiran Sabah ini turut terkesan daripada lagu-lagu yang didengari.

“Bagi saya ya dan ikut juga kepada situasi orang itu. Selalunya jenis yang main emosi ni umur lepasan SPM dan budak-budak sekolah menengah sebab mereka ni dah pandai bercinta, dengar pula lagu-lagu jiwang memang ‘tangkaplah’.

“Tapi kalau umur-umur yang macam saya ni yang selalu ‘tangkap’ emosi kalau melibatkan lagu ayah dan ibu ataupun lagu-lagu lama yang penyanyi tu sudah tiada macam arwah P Ramlee dan Sudirman.

“Lagu mereka sampai sekarang masih didengarkan dan bila dengar tu ada rasa sebak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Fri, 23 Feb 2024
#LaguXTRA Thu, 6 Jul 2023

#LaguXTRA: Tidak Kira Masa, Adriana Adnan Pencinta Lagu Sendu – “Saya Rasa Macam Nak Dibohongi Supaya…”

Siapa dekat sini pun jenis suka dengar lagu sendu time happy juga? Kita geng dengan Adriana!

#LaguXTRA Thu, 21 Dec 2023
#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
#LaguXTRA Thu, 8 Jun 2023

#LaguXTRA: K-Pop, English Rock & Hip-Hop, Insomniacks Minat Genre Lagu Berbeza?

Korang kena dengar jugak tau! Semua lagu favorite lagu dorang memang best

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Wahh, syahdu sampai menusuk kalbu! Bukan Sekadar Lafaz memang terbaik.

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!